HOME | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Anda lepasan sekolah dan mencari tempat belajar yang baik serta kondusif? Atau anda telah mempunyai pekerjaan namun ingin menambah pengetahuan dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi?.

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat PhD, Master, Bacelor, Diploma dan Pra Diploma. Program akademik yang ditawarkan sangat relevan dengan keperluan industri, dimana graduan kami telah mencapai peratusan kebolehpasaran yang tinggi. Semua program pengajian menyokong 5 tujahan akademik dan penyelidikan kami, iaitu dalam bidang Pertanian, Perhutanan, Tenaga Diperbaharui, Kimia Industri, dan Ekonomi Sosial.


Untuk ambilan tahun 2018, UPMKB menawarkan tiga (3) program Bacelor, tujuh (7) program Diploma, dan satu (1) program Pra Diploma. Enam (6) program Bacelor dan dua (2) program Diploma akan ditawarkan pada tahun 2019, dan program-program lain akan ditawarkan pada tahun berikutnya.

Bagi pengajian Siswazah pula, UPM Kampus Bintulu Sarawak mempunyai Enam (6) program pengajian master secara kerja kursus manakala untuk pengajian master dan PhD secara kajian, UPMKB mempunyai 45 bidang penyelidikan untuk diterokai. UPM Kampus Bintulu Sarawak merupakan satu-satunya kampus bertaraf universiti penyelidikan di Malaysia timur dengan 85% pensyarahnya mempunyai kelulusan PhD dalam pelbagai bidang.

Tahniah kerana menjadi pelajar UPM Kampus Bintulu Sarawak. Sepanjang pengajian anda di kampus ini, anda akan berpeluang belajar kursus yang anda minati dalam suasana yang sangat kondusif dan damai. Pihak universiti amat komited untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan teknologi terkini dan keselamatan semua pelajar yang berada di kampus ini menjadi keutamaan kami.

Selain daripada belajar, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik turut dijalankan agar pelajar dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah. UPMKB dilengkapkan dengan kemudahan seperti Kolej Sri Rajang, Perpustakaan, Klinik serta Kemudahan Sukan dan Rekreasi untuk memastikan pelajar UPMKB kekal aktif dan mempunyai minda yang cerdas.

Peluang belajar di Bintulu Sarawak di pulau Borneo yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya adalah pengalaman berharga yang anda tidak akan dapat lupakan. Borneo mempunyai kawasan yang luas untuk diterokai semasa cuti semester. Antara lokasi popular yang boleh dilawati oleh pelajar ialah Gua Niah, Gunung Santubong, Gua Mulu dan Gunung Kinabalu selain melawati bandar-bandar seperti Miri, Sibu, Kuching, Kota Kinabalu dan negara jiran Brunei Darussalam.

Universiti Putra Malaysi (UPM is a vibrant institute of research and learning that stands in lieu of servicing the nation's interest. As a world-renowned research university, UPM seeks to achieve the highest levels of distinction in the discovery and transmission of knowledge and understanding.

Besides UPM’s distinctiveness in its commitment to undergraduate teaching and research, the University is proud to be globally regarded as one of the universities with such a green and natural learning environment.

Today, more than 5,000 faculty members instruct approximately 18,000 undergraduate students and 10,000 graduate students. he nation’s and University's generous financial aid and sponsorship programmes ensure
that talented students from all economic backgrounds can afford a UPM education.


UPMKB is a branch campus of UPM with one faculty, the Faculty of Agriculture and Food Sciences. This faculty comprises five academic departments: Department of Crop Science, Department of Forestry Science, Department of Social Science, Department of Basic Science and Engineering, and Department of Animal Science and Fishery. The faculty offers various Diploma , Bachelor , Master with thesis and PhD programmes.

In vain if we have acquired knowledge, but we have not imparted to others.

In UPM, We knowledge we serve.

article
Lembu Bali ternakan berpotensi di Sarawak
MUNGKIN ramai yang kurang mengenali lembu Bali berbanding dengan jenis lembu yang lain seperti lembu Kacukan Pedaging KK, lembu Kedah Kelantan dan lembu Brahman sebagai haiwan ternakan pedaging di Malaysia.
Hargai pengetahuan Tradisional: Penggunaan Tumbuhan Ubatan Masyarakat Melanau Mukah
UPM Putra Portal
More Articles...
news
Image Branding for Leaders360
Bengkel Pemantapan Imej Pemimpin oleh En. Rudy Ludinata M. , Ketua Penolong Pendaftar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang juga Perunding Imej Profesional Bertauliah.
announcement

Pelajar boleh membuat penilaian melalui portal Putra Learning Hub (learninghub.upm.edu.my/ta) yang boleh diakses dengan menggunakan UPM-ID masing-masing.

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama TEGAS akan menganjurkan ‘Youth Leadership & Entrepreneurship’ 2019 (#YLE2019). Program kerjasama ‘smart partnership’ antara TEGAS dibawah sokongan SMA - TEGAS Digital Innovation Hub (DIH) dengan pihak UPMKB ini merupakan salah satu usahasama dalam pembangunan pelajar dan belia dengan pihak industri.

Kerjasama ini melibatkan pihak TEGAS dan UPMKB bersama komuniti setempat, agensi kerajaan, agensi swasta, industri serta pakar dari dalam dan luar negara. Memfokuskan kepada pembangunan ekonomi digital, transformasi modal insan, e-keusahawan, pendidikan sepanjang hayat dan pembangunan sosial, kerjasama ini dilihat mampu memberi impak yang besar kepada pembangunan kendiri dan ekonomi anak tempatan dan negeri Sarawak khasnya.

Penyertaan percuma dan tempat adalah terhad. Sila daftar di bit.ly/YLEBTU2019

#InnovateSarawak

Sukacita dimaklumkan, Seksyen Kaunseling, UPM Kampus Bintulu Sarawak akan menganjurkan KURSUS PENGURUSAN STRES:TERAPI KETAWA seperti ketetapan berikut:

Tarikh :
Siri 1- 26 Februari 2019
ATAU
Siri 2- 27 Februari 2019

Tempat : Dewan Sidang, UPMKB
Masa : 8.30 pagi - 12.30 t/hari
Yuran : RM40 sahaja (Termasuk makan minum)

Apa yang anda akan dapat melalui kursus ini?
😊 Mempelajari teknik pengurusan stres yang berkesan
😊 Menjadi penjawat awam/swasta yang lebih positif
😊 Mengapliksasikan terapi ketawa sbg salah satu teknik pengurusan stres dlm kehidupan

Cepat, penyertaan terhad kepada 50 orang sahaja!

Berminat?
Daftar melalui link berikut
🖥https://goo.gl/4p4EWB

Atau

📲Hubungi Pn. Rahimah (086-855285)/ En. Rizal (086-855474)

KADAR SEWAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN UPMKB

CARA MEMOHON:


Dapatkan Borang Permohonan Kadar Sewaan Kemudahan dan Peralatan UPMKB di:

BAHAGIAN STRATEGIK, KOMUNIKASI KORPORAT DAN JARINGAN
Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
+086 855218/+6086 855312

Atau

Muat turun Kadar Sewaan Kemudahan dan Peralatan UPMKB adalah seperti dibawah;
1. Kadar Sewaan Kemudahan dan Peralatan UPMKB

Sila klik disini untuk Maklumat Lanjut >> POWER RUN 2019

 

 

For more details please log in : https://isp.ust.hk/

Carolyne Eryna Ayesha Cindy Binti Nadin

Penolong Pendaftar Kanan
Unit Akademik Pusat
UPM Kampus Bintulu Sarawak
 
No. Tel.: 086-855684
No. Faks: 086-855255
 

CLOSING DATE

30 Jan 2019

UPMKB/SHB-01/ 2019

SEBUTHARGA KERJA-KERJA SERVIS DAN PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN JENIS AHU UNTUK TEMPOH SATU (1) TAHUN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU, SARAWAK.

28 Jan 2019

SH01/2019 (KSR)

PERKHIDMATAN MENGUSAHA GERAI (MAKANAN MASAKAN HALAL) DI DEWAN MAKAN DUA (KK2), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK.
No job vacancy.
activities
;
Majlis Perasmian - Festival Tari Borneo 2018 Edisi 7 (FTB2018)
;
Majlis Penutupan - Festival Tari Borneo 2018 Edisi 7 (FTB2018)
;
Festival Tari Borneo 2018 Edisi 7 (FTB2018) - Hari Ke-2 Pertandingan
;
Festival Tari Borneo 2018 Edisi 7 (FTB2018) - Hari Pertama Pertandingan
follow us
B1548310666