PENGENALAN
Penstrukturan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak pada bulan Ogos 2004, telah menjadikan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan sebagai “kampus fakulti” dan Dekan bertindak sebagai Ketua Eksekutif yang bukan sahaja mempunyai peranan yang besar dalam membangunkan program-program akademik dan pembangunan Fakulti, tetapi juga bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran kampus.
FUNGSI
Pejabat Dekan merupakan pusat penyelarasan maklumat kampus yang juga bertanggungjawab dalam memantau semua aktiviti bahagian, jabatan dan unit supaya bergerak seiring dengan matlamat, wawasan dan fokus Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Selain itu, pejabat ini juga menjalankan fungsi-fungsi khusus seperti berikut:
1. Mencapai sasaran-sasaran misi universiti dan fakulti melalui penerangan, penghebahan dan promosi matlamat-matlamat fakulti serta program yang ditawarkan.
2. Menyelaras dan mengurus hal ehwal berkaitan imej dan perhubungan fakulti termasuk menguruskan pelawat, aktiviti-aktiviti utama kampus termasuk aktiviti lawatan dan kerjasama-kerjasama luar.
3. Menyelaras dan menerbitkan penerbitan bercetak berkaitan Fakulti bagi memperkenal dan menerangkan peranannya kepada umum.