Jabatan Sains Sosial

PROGRAM PENGAJIAN

Jabatan Sains Asasi dan Kejuteraan kini mengendalikan (1) program akademik iaitu :

1. Diploma Perniagaantani


FOKUS PROGRAM

1) Diploma Perniagaantani

Program Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian negara. Penekanan diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain). Diploma Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi usahawan tani. Diploma Perniagaantani adalah enam (6) semester dengan 104 jam kredit.

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi :

Prof. Madya Dr. Mohamad Ibrani Shahrimin Bin Adam Assim
Ketua Jabatan Sains Sosial
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
Tel: +6086 855316
Emel: kjss.btu@upm.edu.my