Jabatan Sains Tanaman

PROGRAM PENGAJIAN

Jabatan Sains Tanaman kini mengendalikan (3) program akademik iaitu :

1. Bacelor Sains Bioindustri
2. Diploma Pertanian
3. Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

FOKUS PROGRAM

1) Bacelor Sains Bioindustri

Program ini memberi penumpuan kepada ilmu mengenai sumber biologi utama negara sama ada dalam bidang pertanian, perhutanan dan perikanan serta integrasinya dengan industri melalui teknologi terkini. Pelajar akan didedahkan kepada penyelidikan bebas dalam bidang bioindustri dalam pada akhir tahun pengajian. Dengan pendedahan yang menyeluruh, graduan Bacelor Sains Bioindustri bersedia untuk menampung pasaran guna tenaga negara sama ada dalam sektor kerajaan, swasta atau persendirian.

2) Diploma Pertanian

Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan tanah, tanaman dan perosak, pengurusan ladang, ekonomi pertanian, keusahawanan tani dan pengembangan. Graduan Diploma Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan swasta serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan. Diploma Pertanian adalah program pengajian dua (2) tahun dengan 95 jam kredit.
Objektif program (Program Educational Objectives) program Diploma Pertanian adalah untuk melahirkan tenaga separa mahir yang: 

  1. berdaya saing dalam memenuhi pasaran gunatenaga industri pertanian negara.
  2. berketrampilan dalam mengendalikan bidang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor pertanian ke arah meningkatkan kelestarian industri pertanian negara.
  3. mampu meneroka pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang berasaskan pertanian dengan beretika, dan
  4. mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor.

3) Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ditawarkan untuk melatih graduan yang menjurus kepada agriteknologi dan keusahawanan serta berkemahiran dalam pengurusan pengeluaran makanan. Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani. Diploma Pengurusan Perladangan Makanan adalah program dua (2) tahun dengan jumlah 95 jam kredit. Matlamat program [Program Educational Objectives (PEO)] Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ini adalah untuk melahirkan graduan:

  1. untuk melahirkan graduan separa mahir yang berdaya saing dalam pasaran gunatenaga industri pengeluaran makanan.
  2. untuk melahirkan graduan berketrampilan dan beretika dalam mengurus dan mengendalikan bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengeluaran makanan.
  3. untuk melahirkan graduan mampu menyesuaikan diri dengan keperluan persekitaran kerja dalam pengeluaran makanan.
  4. mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor.

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi :

Dr. Wan Asrina Wan Yahaya
Ketua Jabatan Sains Tanaman
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
Tel: +6086 855224
Emel: kjst.btu@upm.edu.my