HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian 280721

Program Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian  ini digubal sebagai satu program yang unik kerana ia memberi tumpuan khusus kepada akuakultur air tawar dan payau. Program ini diwujudkan dengan mengambil kira keadaan semasa tentang penekanan kepada industri berasaskan pertanian oleh kerajaan serta penggunaan bioteknologi dan teknologi maklumat. Kursus baharu ditawarkan di antaranya Keusahawanan Pertanian, Pengantar Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan, ICT dalam Akuakultur, Prinsip Pengurusan dan Pemasaran Pertanian, Akuakultur Bersepadu dan Amalan Ladang Akuakultur dan beberapa kursus biologi lain yang berkaitaan dengan industri akuakultur. Program ini bertujuan melatih dan menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan mempunyai sifat kepemimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing dalam pelaksanaan kerja di pelbagai sektor yang terlibat dalam perkhidmatan, penyelidikan, pengembangan, pendidikan, pengeluaran dan pengurusan akuakultur air tawar dan payau yang mampan.

PROSPEK KERJAYA

Graduan program ini mampu mengendali aktiviti dan mengurus ladang akuakultur secara moden dan komersial. Mereka juga mempunyai daya saing yang tinggi untuk berkhidmat dalam pelbagai sektor awam dan swasta yang melibatkan perkhidmatan, penyelidikan, pengembangan, pendidikan, pengeluaran dan pengurusan akuakultur.

SYARAT KEMASUKAN BACELOR SAINS AKUAKULTUR DENGAN KEPUJIAN

Syarat Am Universiti ( Bagi Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi dan Diploma/Setaraf )

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai; dan
  2. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);


Syarat Khas Program (Lepasan STPM
)

i.     Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut :

a.     Biologi/Chemistry; dan

b.     Satu (1) mata pelajaran lain; dan

ii.    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut;

a.     Bahasa Melayu;

b.     Bahasa Ingeris;

c.     Mathematics/Additional Mathematics;

d.     Biology; dan

e.     Satu(1) mata pelajaran lain; dan

iii.   Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2(Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas Program (Lepasan Matrikulasi/Asasi)

i.     Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

a.     Biology/Chemistry; dan

b.     Satu(1) mata pelajaran lain; dan

ii.    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

a.     Bahasa Melayu;

b.     Bahasa Ingeris;

c.     Mathematics/Additional Mathematics;

d.     Biology; dan

e.     Satu(1) mata pelajaran lain; dan

iii.    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2(Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program (Diploma/Setaraf)

i.     Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.

Dan

ii.    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2(Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).