HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian 280721

Objektif program ini adalah untuk melatih pelajar dalam bidang perhutanan. Graduan yang dihasilkan daripada program ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus sumber hutan, industri perkayuan dan sumber rekreasi serta pelancongan secara efisyen berlandaskan prinsip pengurusan hutan secara berkekalan. Tempoh pengajian program Bacelor Sains Perhutanan adalah selama empat (4) tahun (8 semester). Secara khusus, program ini bertujuan untuk melahirkan graduan berikut:
i. Terlatih, profesional dan berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber hutan dan aktiviti dalam sektor perhutanan,
ii. Dapat menggunakan teknologi terkini dalam sektor perhutanan,
iii. Kreatif dan inovatif, berdaya saing dan bertanggungjawab ke atas masyarakat, budaya dan persekitaran, dan
iv. Mampu serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja global dalam aktiviti pembelajaran dan penyelidikan dalam sektor perhutanan

PROSPEK KERJAYA

Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains Perhutanan (BSH) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :

  1. Sektor Awam
    Graduan Bacelor Sains Perhutanan (BSH) mempunyai peluang pekerjaan yang terbuka
    luas. Antara jawatan yang sesuai bagi graduan Perhutanan adalah:
    * Pengurus / Pegawai Hutan
    * Pemelihara hutan
    * Pegawai Pensijilan Hutan
    * Pengurus / Pegawai Hidupan Liar
    * Pegawai Tanaman Hutan Bandaran
    * Pegawai Penggunaan Kayu
    * Pengurus Ladang
    * Pengurus Projek

    b. Sektor Swasta
    Di samping itu, graduan BSH boleh juga menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang berkait dengan perhutanan, industri perkayuan dan rekreasi. Antaranya seperti penglibatan dalam industri kecil kampung, perusahaan perabot dan hasil hutan yang lain, perusahaan kraf tangan, pembekal anak pokok bunga hiasan, pokok teduhan dan anak pokok hutan, pengedar alatan keperluan perhutanan, pengurus syarikat, pengarah projek, perunding projek perhutanan dan sebagai penasihat projek yang berkaitan dengan perhutanan, industri perkayuan dan taman rekreasi serta eko pelancongan. Antara jawatan yang sesuai dalam sektor ini adalah :
    * Pelatih Pengurusan Kilang
    * Pengurus Pengeluaran
    * Pengurus Sumber Manusia
    * Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
    * Pengurus Kawalan Mutu
    * Pengurus Pemasaran
    * Pengurus Promosi
    * Pengurus Projek (Kilang)
    * Pengurus Eksekutif Pengeluaran
    * Pengurus Seranta
    * Perunding
    * Pegawai Pemesinan
    * Pengurus Operasi Balak
    * Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
    * Pegawai Bank


SYARAT KEMASUKAN BACELOR SAINS PERHUTANAN DENGAN KEPUJIAN

Syarat Am Universiti ( Bagi Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi dan Diploma/Setaraf )

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai; dan

  2. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);


Syarat Khas Program (Lepasan STPM
)

i.     Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

a.     Biology;

b.     Chemistry;

c.     Physics;

d.     Mathematics (T);

Dan

ii.    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2(Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program (Lepasan Matrikulasi/Asasi)

i.     Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam satu(1) daripada mata pelajaran berikut:

a.     Biology;

b.     Chemistry;

c.     Physics;

d.     Mathematics;

Dan

ii.    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2(Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

iii.   Lepasan Asasi Sains Pertanian UPM mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

Syarat Khas Program (Diploma/Setaraf)

i.     Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.

Dan

ii.    Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2(Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).