HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Diploma Perniagaantani1

DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Program Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian negara. Penekanan diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain). Diploma Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi usahawan tani. Diploma Perniagaantani adalah enam (6) semester dengan 104 jam kredit.

PROSPEK KERJAYA

Graduan program ini adalah berkemahiran dalam perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan, sama ada dalam agensi kerajaan, badan berkanun dan juga sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan.  Selain itu, para graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

SYARAT AM UNIVERSITI

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C/6C) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

Kelayakan Minimum SPM (Kategori A & B)

SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran:

1) Mathematics;

2) Biology atau Science;

3) Dan DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:

  • Physics;
  • Chemistry;
  • Sains Pertanian;
  • Additional Mathematics;
  • Additional Science;
  • Sejarah/Geografi;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;*

(Pilih 1 sahaja)

  • Ekonomi Asas;
  • Information and Communication Technology;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Pengajian Kejuruteraan Awam;
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Teknologi Kejuruteraan;
  • Lukisan Kejuruteraan;
  • Perdagangan;
  • Prinsip Perakaunan;
  • Pengajian Keusahawanan;
  • Tanaman Makanan;
  • Landskap dan Nurseri;
  • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Kelayakan Minimum SPM/Setaraf (Kategori C & D)

SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran:

1) Mathematics;

2) Biology atau Science;

3) Dan DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:

  • Physics;
  • Chemistry;
  • Sains Pertanian;
  • Additional Mathematics;
  • Additional Science;
  • Sejarah/Geografi;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;*

(Pilih 1 sahaja)

  • Ekonomi Asas;
  • Information and Communication Technology;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Pengajian Kejuruteraan Awam;
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Teknologi Kejuruteraan;
  • Lukisan Kejuruteraan;
  • Perdagangan;
  • Prinsip Perakaunan;
  • Pengajian Keusahawanan;
  • Tanaman Makanan;
  • Landskap dan Nurseri;
  • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;

atau

Kategori Lepasan Sijil (Kategori C)

  1. Mempunyai sijil dalam bidang yang berkenaan daripada Institusi yang diiktiraf oleh Senat UPM.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.