Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan

PROGRAM PENGAJIAN

Jabatan Sains Asasi dan Kejuteraan kini mengendalikan (2) program akademik iaitu :

1. Diploma Kejuruteraan Pertanian
2. Persediaan Diploma Sains


FOKUS PROGRAM

1) Diploma Kejuruteraan Pertanian

Diploma Kejuruteraan Pertanian ditawarkan sejajar dengan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam mengusaha dan mengendalikan sumber pertanian negara secara efektif dan efisyen serta menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkeupayaan untuk memajukan bidang pertanian dengan berbekalkan ilmu serta teknologi moden dalam merealisasikan sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi negara. Graduan Diploma Kejuruteraan Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan swasta. Diploma Kejuruteraan Pertanian adalah program pengajian tiga (3) tahun dengan 103 jam kredit.

2) Persediaan Diploma

Program Persediaan Diploma ini adalah satu program khas yang bersifat kemasyarakatan yang diwujudkan oleh UPMKB. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM atau setara yang tidak memenuhi syarat kemasukan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma yang ditawarkan di UPMKB.

Program Persediaan Diploma ini bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan Sains, Matematik dan juga penguasaan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Pelajar lepasan Program Persediaan ini berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di UPMKB untuk program seperti Diploma Perhutanan (DPH), Diploma Pertanian (DPT), Diploma Perikanan (DPI), Diploma Pengurusan Perladangan Makanan (DPPM) dan Diploma Perniagaantani (DPTNT). Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu sesi (2 semester) dengan jumlah 34 jam kredit.

Program ini dikendalikan oleh Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Kaedah pengajian adalah secara kuliah, amali, tutorial, pengajaran berpusatkan pelajar, tugas individu dan pembentangan dalam kuliah.

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi :

Prof. Madya Dr. Yiu Pang Hung
Ketua Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
Tel: +6086 855432
Emel: kjsak.btu@upm.edu.my