Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan

PROGRAM PENGAJIAN

Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan kini mengendalikan (3) program akademik iaitu :

1. Bacelor Pertanian (Akuakultur)
2. Diploma Perikanan
3. Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan


FOKUS PROGRAM

1) Bacelor Pertanian (Akuakultur)

Program Bacelor Pertanian (Akuakultur) ini digubal sebagai satu program yang unik kerana ia memberi tumpuan khusus kepada akuakultur air tawar dan payau. Program ini diwujudkan dengan mengambil kira keadaan semasa tentang penekanan kepada industri berasaskan pertanian oleh kerajaan serta penggunaan bioteknologi dan teknologi maklumat. Kursus baharu ditawarkan di antaranya Keusahawanan Pertanian, Pengantar Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan, ICT dalam Akuakultur, Prinsip Pengurusan dan Pemasaran Pertanian, Akuakultur Bersepadu dan Amalan Ladang Akuakultur dan beberapa kursus biologi lain yang berkaitaan dengan industri akuakultur. Program ini bertujuan melatih dan menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan mempunyai sifat kepemimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing dalam pelaksanaan kerja di pelbagai sektor yang terlibat dalam perkhidmatan, penyelidikan, pengembangan, pendidikan, pengeluaran dan pengurusan akuakultur air tawar dan payau yang mampan.

2) Diploma Perikanan

Diploma Perikanan ditawarkan untuk melatih graduan dalam bidang perikanan dengan penumpuan kepada pembiakan ikan, teknik penangkapan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan hasilan perikanan, dan keusahawanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan. Diploma Perikanan adalah untuk tempoh dua (2) tahun dengan sejumlah 93 jam kredit. Matlamat utama program [Program Educational Objectives, (PEO)] Diploma Perikanan adalah untuk melahirkan graduan separa mahir yang:

  1. berdaya saing dalam memenuhi pasaran gunatenaga industri perikanan negara
  2. berpengetahuan serta kompeten dalam menjalankan aktiviti perikanan
  3. peka dan dapat mengendalikan isu perikanan semasa secara beretika dan bermoral
  4. mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor

3) Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan. Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian tiga (3) tahun dengan jumlah 112 jam kredit.

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi :

Prof Madya Dr. Phebe Ding
Ketua Sains Haiwan dan Perikanan
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
Tel: +6086 855225
Emel: kjshp.btu@upm.edu.my