HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian 280721

Program ini memberi penumpuan kepada ilmu mengenai sumber biologi utama negara sama ada dalam bidang pertanian, perhutanan dan perikanan serta integrasinya dengan industri melalui teknologi terkini. Pelajar akan didedahkan kepada penyelidikan bebas dalam bidang bioindustri dalam pada akhir tahun pengajian. Dengan pendedahan yang menyeluruh, graduan Bacelor Sains Bioindustri bersedia untuk menampung pasaran guna tenaga negara sama ada dalam sektor kerajaan, swasta atau persendirian.

PROSPEK KERJAYA

Setelah mengikuti program ini selama empat (4) tahun, graduan program ini boleh menceburi kerjaya dalam sektor pengeluaran (ternakan dan tanaman), industri pemprosesan, industri yang berkaitan dengan pengurusan sisa industri dan sebagai seorang pegawai di sektor pertanian, perikanan serta ahli penyelidik berkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa serta pemprosesan hiliran. Graduan berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master Sains atau Doktor Falsafah (PhD).

Syarat Am Universiti ( Bagi Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi dan Diploma/Setaraf )

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai; dan

  2. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Sains Pertanian UPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan

  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET);

Syarat Khas Program (Lepasan STPM)

i.    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

a.     Biology,             b.     Chemistry;  dan

ii.   Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Mathematics dan satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

  1.   Physics
  2.   Chemistry
  3.   Biology
  4.   Science 
  5.   Additional Science
  6.   Sains Pertanian

Syarat Khas Program (Lepasan Matrikulasi/Asasi)

i.    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:

a.     Biology            b.  Chemistry;  dan

ii.   Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Mathematics dan satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

  1.   Physics
  2.   Chemistry
  3.   Biology
  4.   Science
  5.   Additional Science
  6.   Sains Pertanian

Syarat Khas Program (Lepasan Diploma)

i.    Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.