HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan1

DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan. Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian tiga (3) tahun dengan jumlah 112 jam kredit.

PROSPEK KERJAYA

Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan termasuklah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Persekutuan dan Negeri-negeri, MARDI, Pusat Penyelidikan Veterinar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri, Jabatan Pertanian di samping agensi-agensi swasta seperti Guthrie, Kentucky Fried Chicken, Leong Hup serta ladang-ladang ternakan yang dikendalikan secara komersial di seluruh negara.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

SYARAT AM UNIVERSITI

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C/6C) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

Kelayakan Minimum SPM (Kategori A & B)

SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran:

1) Mathematics;

2) Biology;

3) Dan DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:

  • Physics;
  • Chemistry;
  • Sains Pertanian;
  • Additional Mathematics;
  • Additional Science;
  • Sejarah/Geografi;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;*

(Pilih 1 sahaja)

  • Ekonomi Asas;
  • Information and Communication Technology;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Pengajian Kejuruteraan Awam;
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Teknologi Kejuruteraan;
  • Lukisan Kejuruteraan;
  • Perdagangan;
  • Prinsip Perakaunan;
  • Pengajian Keusahawanan;
  • Tanaman Makanan;
  • Landskap dan Nurseri;
  • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Kelayakan Minimum SPM/Setaraf (Kategori C & D)

SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran:

1) Mathematics;

2) Biology;

3) Dan DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:

  • Physics;
  • Chemistry;
  • Sains Pertanian;
  • Additional Mathematics;
  • Additional Science;
  • Sejarah/Geografi;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;*

(Pilih 1 sahaja)

  • Ekonomi Asas;
  • Information and Communication Technology;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Pengajian Kejuruteraan Awam;
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Teknologi Kejuruteraan;
  • Lukisan Kejuruteraan;
  • Perdagangan;
  • Prinsip Perakaunan;
  • Pengajian Keusahawanan;
  • Tanaman Makanan;
  • Landskap dan Nurseri;
  • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

atau

Kategori Lepasan Sijil (Kategori C)

  1. Mempunyai sijil dalam bidang yang berkenaan daripada Institusi yang diiktiraf oleh Senat UPM.

Dan

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.