HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Diploma Perikanan1

DIPLOMA PERIKANAN

Diploma Perikanan ditawarkan untuk melatih graduan dalam bidang perikanan dengan penumpuan kepada pembiakan ikan, teknik penangkapan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan hasilan perikanan, dan keusahawanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan. Diploma Perikanan adalah untuk tempoh dua (2) tahun dengan sejumlah 93 jam kredit. Matlamat utama program [Program Educational Objectives, (PEO)] Diploma Perikanan adalah untuk melahirkan graduan separa mahir yang:

  1. berdaya saing dalam memenuhi pasaran gunatenaga industri perikanan negara
  2. berpengetahuan serta kompeten dalam menjalankan aktiviti perikanan
  3. peka dan dapat mengendalikan isu perikanan semasa secara beretika dan bermoral
  4. mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor

PROSPEK KERJAYA

Peluang pekerjaan bagi bakal graduan Diploma Perikanan akan menjadi cerah dan masalah pengangguran dapat dikurangkan kerana kepesatan pembangunan sektor perikanannya.  Antara agensi yang memerlukan khidmat para graduan Diploma Perikanan termasuklah Taman-taman Sabah, WWFM, LKIM, Persatuan Nelayan, MIMA, Perbadanan Pelabuhan.  Disamping itu para graduan Diploma Perikanan mempunyai peluang kerjaya di dalam agensi kerajaan, swasta berkaitan dan juga berkemampuan untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERIKANAN

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

SYARAT AM UNIVERSITI

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C/6C) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

Kelayakan Minimum SPM (Kategori A & B)

SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran:

1) Mathematics;

2) Biology;

3) Dan DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:

  • Physics;
  • Chemistry;
  • Sains Pertanian;
  • Additional Mathematics;
  • Additional Science;
  • Sejarah/Geografi;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;*

(Pilih 1 sahaja)

  • Ekonomi Asas;
  • Information and Communication Technology;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Pengajian Kejuruteraan Awam;
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Teknologi Kejuruteraan;
  • Lukisan Kejuruteraan;
  • Perdagangan;
  • Prinsip Perakaunan;
  • Pengajian Keusahawanan;
  • Tanaman Makanan;
  • Landskap dan Nurseri;
  • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Kelayakan Minimum SPM/Setaraf (Kategori C & D)

SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran:

1) Mathematics;

2) Biology;

3) Dan DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:

  • Physics;
  • Chemistry;
  • Sains Pertanian;
  • Additional Mathematics;
  • Additional Science;
  • Sejarah/Geografi;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;*

(Pilih 1 sahaja)

  • Ekonomi Asas;
  • Information and Communication Technology;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Pengajian Kejuruteraan Awam;
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
  • Teknologi Kejuruteraan;
  • Lukisan Kejuruteraan;
  • Perdagangan;
  • Prinsip Perakaunan;
  • Pengajian Keusahawanan;
  • Tanaman Makanan;
  • Landskap dan Nurseri;
  • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

atau

Kategori Lepasan Sijil (Kategori C)

  1. Mempunyai sijil dalam bidang yang berkenaan daripada Institusi yang diiktiraf oleh Senat UPM.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.