HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan1

DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan melahirkan graduan separa profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan perladangan makanan. Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani. Diploma Pengurusan Perladangan Makanan adalah program dua (2) tahun dengan jumlah 95 jam kredit. Matlamat program [Program Educational Objectives (PEO)] Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ini adalah untuk melahirkan graduan:

  • berdaya saing dalam pasaran gunatenaga industri pengeluaran makanan;
  • berketrampilan dan beretika dalam mengurus dan mengendalikan bidang pekerjaan ataupun keusahawanan yang berkaitan dengan pengeluaran makanan;
  • mampu menyesuaikan diri dengan keperluan persekitaran kerja dalam pengeluaran makanan;
  • mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat bacelor.


PROSPEK KERJAYA

Graduan yang telah mengikuti program ini selama dua (2) tahun merupakan tenaga separa profesional dan holistik yang boleh menceburi bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti perladangan, pengeluaran, pengendalian dan pemprosesan produk pertanian sama ada sebagai penolong pengurus ladang, ahli teknologi makanan, juruteknik pemprosesan, penyelia kilang makanan atau bidang pekerjaan lain yang berkaitan.  Graduan juga boleh menjadi usahawan tekno-tani yang menjurus kepada pemprosesan hasilan makanan.  Pelajar yang memperolehi CGPA melebihi 2.50 mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Bacelor di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

SYARAT AM UNIVERSITI

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C/6C) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

SYARAT KHAS PROGRAM

Kategori Lepasan SPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran:

1) Matematik;
2) Biologi atau Sains

3) Dan DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:

  • Fizik;
  • Kimia;
  • Sains Pertanian;
  • Matematik Tambahan;
  • Sejarah/Geografi;
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan;*

(Pilih 1 sahaja)

  • Geografi;
  • Pengajian Agroteknologi;
  • Pengajian Keusahawanan;
  • Ekonomi Rumahtangga;
  • Tanaman Makanan;
  • Teknologi Bengkel Mesin;
  • Kerja Menggegas & Melarik;
  • Lukisan Geometri & Mesin;
  • Penyediaan & Perkhidmatan Makanan;
  • Pengeluaran Tanaman;
  • Tanaman Makanan;
  • Pengeluaran Ternakan;
  • Hortikultur Hiasan & Landskap;
  • Kejenteraan Ladang;
  • Pengurusan Ladang;
  • Teknologi Maklumat;
  • Asas Pemprosesan Maklumat;
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
  • Teknologi Binaan Bangunan;
  • Teknologi Ketering;
  • Prinsip Akaun;
  • Perdagangan;
  • Ekonomi Asas.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

atau

Kategori Lepasan Sijil

Mempunyai sijil dalam bidang yang berkenaan daripada Institusi yang diiktiraf oleh Senat UPM.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.