| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

PROGRAM KOMUNITI MCDONALD'S & RMHC BINTULU MENYANTUNI JUADAH MOREH DI UPMKB

BINTULU, 30 Mac 2023 - Program Komuniti McDonald's & RMHC Bintulu telan memberikan sumbangan juadah moreh kepada pelajar di Pusat Islam UPMKB.

Di dalam Program ini, Juadah moreh diserahkan kepada pelajar UPMKB yang sangat teruja menikmati juadah berbuka berbeza dari hari lain.

McDonald’s Malaysia pada tahun ini komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadan, antaranya termasuklah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restorannya, serta tajaan moreh di institusi- institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat juga merupakan aktiviti yang sering dijalankan di restoran-restoran McDonald’s di Malaysia. Sejak tahun 2016 sehingga kini, lebih dari 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan oleh restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

Alhamdulillah, Pihak Pengurusan Jawatankuasa Pusat Islam UPMKB dan pelajar sangat gembira diatas sumbangan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada McDonald's Malaysia. Semoga Ramadhan ini mengajar kita nikmat berkongsi rezeki dan kegembiraan.⁣

 

SXETGAL~