| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

RM300,000.00 DIPERUNTUKKAN BAGI PENGANJURAN PROGRAM SEMARAK BELIA SARAWAK 2023

28 Mac 2023, Kuching : Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang diwakili oleh Dr. Kamil Latif dan En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan telah mengadakan kunjungan hormat bersama YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak & Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bagi cadangan jalinan kerjasama dalam melaksanakan Program Semarak Belia Sarawak 2023.
 
Dalam pertemuan lebih kurang 1 jam tersebut, UPMKB telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Program Semarak Belia Sarawak bagi tahun 2023. Sebanyak 3 program telah dirancang untuk dilaksanakan pada kali ini iaitu Festival Kesenian Islam (iFest), Festival Tarian Etnik (EthDance) dan Karnival Kerjaya.
 
Pada pertemuan itu juga YB Dato Sri telah menyokong jalinan kerjasama ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang dibiayai adalah sebanyak RM306,550.00 Sama-sama kita doakan agar perkara ini dipermudahkan dan mencapai objektif penganjurannya bagi memastikan UPMKB TETAP MANSANG.
 
Buat semua masyarakat di luar sana, sama-sama kita nantikan SEMARAK BELIA SARAWAK!
 

 

SXDdSAV~