FoodBank@UPMKB

Program ‘Food Bank’ adalah merupakan inisiatif dan usahasama staf di Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak . Tercetusnya idea Food Bank adalah apabila pihak Jabatan melihat ramai pelajar yang memerlukan bantuan apabila kekurangan duit serta terpaksa mengikat perut.

Objektif utama program ini adalah bertujuan membantu pelajar UPMKB yang tidak berkemampuan untuk membeli makanan apabila tiba hujung minggu. Program ini dijalankan pada setiap hari Jumaat setiap minggu. Di harapkan program sebegini sedikit sebanyak boleh membantu para pelajar yang benar-benar tidak berkemampuan. Program ini adalah terbuka kepada semua pelajar, bukan hanya pelajar di bawah Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan sahaja.

Food Bank pada asalnya hanya memberi bantuan makanan sahaja, tetapi program ini telah berkembang apabila ada pihak yang turut menyumbang pakaian serta keperluan harian.

Dana adalah dari sumbangan staf Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan sendiri, samada dalam bentuk wang, makanan dan juga pakaian. Antara makanan yang disumbangkan seperti nasi, mee, mee segera, biskut, roti, kuih-muih, buah-buahan, dan sebagainya yang bersesuaian. Jumlah makanan/sumbangan adalah bergantung kepada hasil kutipan setiap minggu. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan dapat membantu pelajar-pelajar UPMKB.