Aluan Pengarah Kampus


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Selamat Datang saya ucapkan ke laman web kami, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.

Belajar di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) sememangnya memberi pengalaman yang menarik dalam meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Di sini, pelbagai ilmu pengetahuan dapat dipelajari terutamanya dalam bidang pertanian, dengan penekanan terhadap pembentukan insaniah berkemahiran pertanian dan inilah menjadi agenda kami.

Sesuai dengan motto, “Destinasi Pengajian Pertanian,” UPMKB akan berusaha membentuk program dan aktiviti serta mewujudkan persekitaran yang menggambarkan suasana sebenar pekerjaan dan keusahawanan dalam pelbagai sektor pertanian. Ia  seiring dengan dasar negara dan universiti bagi menterjemahkan pertanian sebagai satu perniagaan dan pekerjaan yang menguntungkan.

Semoga dengan adanya laman web kami ini akan menjadi sumber rujukan, berinformasi, jaringan ilmu dan komunikasi pelawat dengan pihak kami dalam memberi cadangan penambahbaikan di masa hadapan.

“BERILMU BERBAKTI”

Prof. Dr. Bujang Kim Huat
Pengarah Kampus
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Peti Surat 396, Jalan Nyabau
Bintulu, Sarawak, Malaysia
Tel:+6086-855201
Faks:+6086-855262
Email:campusdirector.btu@upm.edu.my
/ bujangkh2001@upm.edu.my