NOW OPEN: APPLICATION FOR ADMISSION FOR UNDERGRADUATE STUDIES AT UPMKB 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NOW OPEN: APPLICATION FOR ADMISSION FOR UNDERGRADUATE STUDIES AT UPMKB 2018

NOW OPEN: APPLICATION FOR ADMISSION FOR UNDERGRADUATE STUDIES AT UPMKB 2018

Permohonan adalah dibuka untuk mengikuti Program Pengajian Prasiswazah di  Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak bagi pengambilan Semester Pertama Sesi Akademik 2018/2019.


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA DAN DIPLOMA UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK SESI AKADEMIK 2018/2019

  1. Permohonan secara dalam talian adalah dibuka kepada calon-calon lepasan Persediaan Diploma UPMKB, lepasan Sijil Pertanian/Veterinar/Ranger Hutan dan lepasan SPM untuk memasuki program Persediaan Diploma dan Diploma di UPM Kampus Bintulu, Sarawak.

  2. Hanya permohonan kemasukan dari calon di atas sahaja dibenarkan memohon melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan, UPM.

  3. Permohonan boleh dibuat mulai 19 FEBRUARI 2018 (ISNIN) mulai jam 12:00 Tengahari melalui laman web :- https://smp.upm.edu.my/dalaman

  4. Borang permohonan bersama salinan dokumen berikut hendaklah dihantar kepada :-

TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK)
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
PETI SURAT 396, JALAN NYABAU
97008 BINTULU
SARAWAK

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Kad pengenalan pemohon;
  2. Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga;

iii. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

  1. Keputusan peperiksaan SPM Kertas Julai (sekiranya ada);
  2. Keputusan peringkat Sijil Pertanian/Veterinar/Ranger Hutan (sekiranya berkaitan);
  3. Sekeping gambar berukuran pasport; dan

vii. Slip pembayaran wang proses.

  1. Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

Bahagian Akademik, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan di talian 086-855263 / 086-855311

  1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 APRIL 2018 (SELASA).

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM  PERSEDIAAN DIPLOMA DAN DIPLOMA UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK  SESI AKADEMIK 2018/2019

  1. Pastikan anda membaca setiap arahan yang dinyatakan sebelum mengakses Borang Permohonan Dalam Talian.

  2. Sila kenal pasti kategori anda :-

    A) Permohonan ke Program Diploma

    i) Lepasan SPM tahun 2016 dan sebelum
    - Aliran Sains (SC)
    - Aliran Sastera (AC)

    ii) Lepasan Sijil Pertanian / Sijil Renjer Hutan / Sijil Penternakan - kategori C(SC)

    iii) Lepasan Persediaan Diploma UPM Kampus Bintulu, Sarawak - kategori PD

    B) Permohonan ke Program Persediaan Diploma
    Lepasan SPM tahun semasa atau tahun sebelum yang tidak memenuhi 5 Kredit
    i) Lepasan SPM semasa aliran Sains (SA)
    ii) Lepasan SPM semasa aliran Sastera (AA)
    iii) Lepasan SPM tahun 2016 dan sebelum
    - Aliran Sains (SC)
    - Aliran Sastera (AC)

 
Kesilapan memilih kategori akan membuatkan permohonan anda TIDAK diproses.

  1. Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih. (Rujuk Senarai Nama Program dan Syarat Khas Program melalui url kemasukan https://smp.upm.edu.my/promosi).

  1. Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan betul dan tepat dalam borang permohonan terutamanya NOMBOR KAD PENGENALAN.

  2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda ( * ).

  3. Pastikan anda menekan butang SAH dan HANTAR bagi menghantar Borang Permohonan Atas Talian.

  4. Pastikan anda MENCETAK BORANG PERMOHONAN sebagai bukti permohonan telah selamat diterima oleh sistem.

  5. Pastikan anda MEMBUAT SEMAKAN SEMULA Borang Permohonan Atas Talian bagi memastikan anda telah berjaya mengemukakan permohonan.

  6. Bayaran wang proses sebanyak RM15.00 perlu dibayar melalui CIMB BANK BERHAD. CETAK BUKTI PEMBAYARAN wang proses dan hantar bersama borang permohonan. Tulis nama dan nombor kad pengenalan anda pada slip yang dicetak untuk tujuan rujukan.


(Rujuk pautan ke Manual CIMB Clicks).

Maklumat pembayaran adalah seperti berikut :
No. Akaun Bank : 8002155042
Nama Bank : CIMB BANK BERHAD
Nama Akaun : U.P.M COLLECTION
Cawangan Bank : CAWANGAN UPM SERDANG

  1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 APRIL 2018 (SELASA).

 

Unit Kemasukan
Bahagian Kemasukan
Universiti Putra Malaysia


 

Updated:: 05/05/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZNAk~