Sejarah FTB

Sejarah Festival Tari Universiti-Universiti Borneo.

Festival ini merupakan cetusan idea UiTM Sarawak, dibawah seliaan dan pemikir dasar Pengarah Kampus ketika itu, bersama ahli jawatankuasa peringkat kampus. Pengarah Kampus yang kini merupakan Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Ybhg. Prof Dato Dr Jamil Haji Hamali banyak memberi input dan idea dalam memastikan festival terus disemarakkan. Ini dibantu pula oleh rakan-rakan peserta dari seluruh universiti dari Kepulauan Borneo yang menyertainya. Festival edisi  pertama dan ke-2 telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2006 dan 2008 di UiTM Sarawak. Merupakan acara dwi-tahunan yang juga turut merebut piala pusingan YAB Ketua Menteri Sarawak.

Festival edisi ke-3 telah dihoskan oleh UiTM Sabah pada 2010. Manakala Universitas Tanjung Pura, Pontianak telah menjadi tuan rumah pada edisi yang ke-4 pada tahun 2014. Pada tahun 2016, menyaksikan festival berprestij Borneo serta antarabangsa ini telah melebarkan sayapnya di Universitas Mulawarman Samarinda, Kalimantan Timur sebagai tuan rumah untuk edisi yang ke-6.

Edisi ke - 7, Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu telah menyahut cabaran menjadi tuan rumah yang akan berlangsung dari 30 Oktober hingga 3 November 2018 ini dikampusnya. Sebagai rekod, Universitas Tanjung Pura, (UNTAN) Pontianak telah meraih kejuaraan 3 kali semenjak penganjuran dari edisi yang pertama. Antara Universiti – Universiti yang telah meraih kejuaraan pada 6 edisi sebelum ini adalah seperti berikut:

  • Edisi pertama tahun 2006 - Juara UNTAN
  • Edisi ke - 2 tahun 2008 - Juara UNITAR
  • Edisi ke - 3 tahun 2010 - Juara UNTAN
  • Edisi ke - 4 tahun 2012 - Juara UNTAN
  • Edisi ke - 5 tahun 2014 - Juara UMSKAL
  • Edisi ke - 6 tahun 2016 - Juara UNMUL       


Antara Tujuan Penganjuran:

  • Memberi peluang kepada pengiat seni budaya peringkat universiti di kepulauan Borneo bergabung, bertukar pendapat, berkreatif dan seterusnya dalam usaha mengembang seni budaya bangsa agar terus kekal serta diminati generasi akan datang.

  • Menggalakkan mahasiswa bergiat dalam kegiatan sihat melalui aktiviti kebudayaan.

  • Mengalakkan kerjasama antara universiti dalam Borneo.

  • Membantu kerajaan dalam usaha mengekal serta mengembang kebudayaan, kesenian dan warisan bangsa.
  • Mengerat silaturahim dan kerjasama serta perpaduan kaum melalui kebudayaan.

  • Mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian.

Disediakan oleh : Hazis Wahab – Penolong Pegawai Kebudayaan UiTM Caw. Sarawak.