Keahlian dan Peraturan

Anda secara automatik menjadi ahli Perpustakaan Kampus Bintulu Sarawak setelah anda mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai mahasiswa anda akan diberi KAD PELAJAR  yang mengandungi patron ID untuk melayakkan anda menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan di perpustakaan. Selain itu, kad tersebut merupakan pengenalan diri anda sebagai mahasiswa UPM. Sila pamerkan KAD MAHASISWA sepanjang berurusan di perpustakaan.

KELAYAKAN PINJAMAN

Kategori

Jumlah / Tempoh
Pinjaman

Pra Diploma

6 buah / 14 hari

Diploma/Bacelor

6 buah / 14 hari

Pasca Siswazah/Tutor

15 buah / 30 hari

Program Pendidikan Jarak Jauh (Master)

15 buah / 30 hari

Program Pendidikan Jarak Jauh (Ijazah)

4 buah / 21 hari

Pegawai Akademik/Profesional

30 buah / 60 hari

Pegawai Sokongan

4 buah / 14 hari

Ahli luar

2 buah / 14 hari

PERATURAN PERPUSTAKAAN

1.     Masa perpustakaan dibuka boleh dipinda dari semasa ke semasa, dan pengumumannya akan dipaparkan di papan kenyataan.

2.     Pengguna WAJIB mempamerkan KAD PELAJAR sepanjang berurusan di perpustakaan.

3.     Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan bersopan ketika berada di perpustakaan. Pemakaian seluar pendek dan selipar getah adalah TIDAK dibenarkan.

4.     Penggunaan telefon bimbit, merokok, makan dan minum adalah dilarang di dalam perpustakaan.

5.     Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan tidur, makan dan menelaah nota-nota di dalam surau.

6.     Pengguna ditegah membuat bising sepanjang berada di dalam perpustakaan.

7.     Tempat duduk perpustakaan terbuka kepada semua pengguna dan tidak dibenarkan menempah tempat duduk.

8.     Buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas meja dalam jangka waktu yang lama akan diambil oleh kakitangan perpustakaan.

9.     Beg, topi keledar, payung, bungkusan dan sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di Foyer perpustakaan.

10.    Buzzer akan dibunyikan sepuluh (10) minit sebelum waktu operasi perpustakaan ditutup dan semua pengguna dikehendaki meninggalkan perpustakaan.

11.    Pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku serta bahan-bahan yang dibawa keluar di Kaunter Turnstile untuk pemeriksaan sebelum meninggalkan perpustakaan.

12.    Kakitangan perpustakaan yang bertugas berhak mengarahkan pengguna meninggalkan perpustakaan jika didapati mengganggu ketenteraman perpustakaan.

13. Ketua Bahagian Perpustakaan berhak menarik balik kemudahan perpustakaan sekiranya peraturan-peraturan di atas tidak dipatuhi.

14. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan harta benda.

15. Ketua Bahagian Perpustakaan berhak untuk meminda peraturan perpustakaan jika dirasakan perlu.

Nota: Tujuan utama peraturan ini adalah untuk menjaga kepentingan bersama semua pihak  dan untuk mengaktifkan fungsi perpustakaan dengan lebih efisyen.

KESALAHAN DAN DENDA

KESALAHAN

DENDA

1.  Mencuri / mengoyak / menconteng bahan-bahan
     perpustakaan.

  • Gantung keahlian selama satu (1) semester.
  • Denda tidak lebih daripada RM200.00.
  • Memaklumkan kepada Timbalan Dekan (HEP) UPMKB dan mengesyorkan tindakan lebih keras.

2.  Menyepah / meninggalkan buku di atas meja
     atau menyepahkan buku di rak.

 

 

 

Gantung keahlian selama 4 minggu bagi kesalahan pertama dan 8 minggu bagi kesalahan kedua.







3.  Membawa / mempunyai lebih daripada 3 buah
     buku / jurnal di meja / karel dalam satu masa.

4.  Mengalih / menyalahgunakan perabot / peralatan.

5.  Memindahkan bahan dari satu koleksi ke
     koleksi lain.

6.  Membawa makanan / minuman dan merokok
     dalam perpustakaan.

7.  Membuat bising / berbincang dan menggunakan
     telefon bimbit dalam perpustakaan.

8.  Menyalahgunakan kemudahan dan perkhidmatan lain.

9.Merosakkan alat-alat / bahan pandang dengar.

10.Menghilangkan bahan-bahan perpustakaan.

  • Membayar harga semasa dan kos prosesan

atau

  • Mengganti dengan bahan yang sama dan membayar kos prosesan