KURSUS PENTERNAKAN ITIK PENELUR

Tahukah anda?

Penternakan Itik Penelur:

  1. Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
  2. Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
  3. Mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit
  4. Daging dan telur itik mengandungi zat yang tinggi
  5. Harga daging yang tinggi dan permintaan telur yang menggalakkan


Apa yang menarik?

Dalam kursus ini, peserta akan didedahkan tentang teori berkaitan penternakan itik secara menyeluruh, keperluan prasarana, pengenalan perumahan, pengurusan pemakanan, pengurusan kesihatan itik, serta berkaitan dengan pengurusan anak itik selepas penetasan (perindukan, pembesaran dan peringkat pengeluaran hasil).

Disamping itu, praktikal / amali teknik pemilihan telur itik untuk tujuan pengeraman dan penetasan, pendedahan teknik pembuatan/penghasilan inkubator secara manual dan kecil-kecilan serta praktikal pembuatan telur masin yang akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman.

Tarikh:

6 Mei 2023 (Sabtu)

Masa:

8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) & Pusat Penetasan Unggas (Praktikal)

Penceramah:

Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna

Yuran Penyertaan:

RM150.00 (Peserta luar)
RM100.00 (Staf dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus.

*Tarikh Tutup : 14 April 2023 (Jumaat)*

Link pendaftaran: https://forms.gle/tDihef8ND1XdcJBK8

Pertanyaan

Urusetia:

En. Mohamad Fitri Bujang
atau
Pn. Nurliyana binti Mahdar
H/P: 011-25634022
Tel: 086-855667
Fax: 086-855283

Pegawai Seranta:

Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna
H/P: 019-8340886
Cik Josephine Jawai Makos
H/0: 013 707 3252

Nota:

  1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 14 April 2023 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
  2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 14 April 2023 (Jumaat).
  3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.


Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak