| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

#FreeMeals4Students at #FreeShopUPM

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program

[ MPP UPM ]

[#FreeMeals4Students at #FreeShopUPM ]

MPP UPM memaklumkan bahawa pada 16 Februari 2016 bersamaan hari Selasa yang lalu, Seksyen Kaunseling, Kebajikan & Pembangunan (SKPP) UPMKB dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPMKB dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UPMKB telah mengedarkan makanan percuma kepada pelajar UPMKB.

Mengedar makanan dan minuman percuma kepada pelajar UPMKB

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan juga untuk golongan asnaf dan musafir yang sedang dalam kesulitan. Sebanyak 200 unit makanan dan minuman percuma telah diberikan kepada para pelajar UPMKB. Kaunter pengambilan makanan dan minuman percuma ini bertempat di hadapan Pejabat Am Kolej Sri Rajang.

Kaunter #FreeShopUpm di hadapan Pejabat Am Kolej Sri Rajang

Kaunter #FreeShopUpm di hadapan Pejabat Am Kolej Sri Rajang

Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat membantu dan meringankan beban pelajar UPMKB khususnya kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan.

Sekian, terima kasih.

#mppcare

QURRATUL SA’ADAH BT ZULKAFLI
Sekretariat Kampus Bintulu
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2015/2016

SXETDAs~