Karnival Sukan Uniputra 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » Karnival Sukan Uniputra 2018

Karnival Sukan Uniputra 2018

BINTULU 25 Februari - 10 Mac 2018 - Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2017/2018 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dengan kerjasama Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak telah menganjurkan Karnival Sukan UNIPUTRA 2018 di bawah kendalian Dr. Azizul Hakim bin Lahuri dan Puan Rina Farida binti Osman sebagai penasihat program dan Bryan Leong sebagai pengarah program. Karnival sukan ini telah berlangsung selama dua minggu bertempat di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
 
Sebanyak 26 acara yang telah dipertaruhkan dan melibatkan penyertaan daripada staf, mahasiswa dan mahasiswi universiti. Antara objektif penganjuran karnival sukan ini adalah untuk menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan warga universiti sekaligus menyahut saranan Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris Naib Canselor Universiti Putra Malaysia agar warga universiti terutamanya mahasiswa dan mahasiswi aktif dalam segenap bidang bukan sahaja dalam akademik.
 
Majlis Penangguhan UNIPUTRA 2018 telah dirasmikan oleh Puan Rosidah binti Basir, Penolong Pendaftar Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu bertempat di Padang Sukan UPMKB. Dalam ucapan ringkas penangguhan program, beliau menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival Sukan UNIPUTRA pada kali ini.
 
Majlis Penangguhan UNIPUTRA diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Prestasi Blok Terbaik. Blok A dinobatkan sebagai Juara bagi kategori lelaki. Tempat kedua disampaikan kepada Blok E dan ketiga, Blok B. Manakala bagi kategori wanita, Blok I telah merangkul Juara Prestasi Blok Terbaik. Blok H pula ditempat kedua dan Blok G ditempat ketiga. 
 

Date of Input: 14/03/2018 | Updated: 14/03/2018 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaDAy~