Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2016/2017 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu | FACULTY OF AGRICULTURE AND FOOD SCIENCES
» NEWS » MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA SESI 2016/2017 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU

Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2016/2017 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2016/2017 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sekretariat Jaringan Komuniti dan Perpaduan telah mengadakan program “JOM BERAMBEH@KG EMPLAM 2017” pada 31 Mac Hingga 6 April 2017 di Kampung Emplam Kabong, Sarawak. Program Jom Berambeh@Kg Emplam 2017 merupakan program yang disertai oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2016/2017. Program Jom Berambeh@Kg Emplam 2017 diadakan bertujuan untuk membolehkan peserta yang terdiri dari belia mampu berfikir secara kreatif dan inovatif dan mengasah sifat kepimpinan melalui aktiviti yang dijalankan serta menerapkan nilai-nilai murni yang patut ada dalam diri seseorang melalui aktiviti yang dilakukan bersama-sama orang luar.

Program ini juga boleh membantu memperkasakan belia yang terdiri daripada pelajar universiti dalam meningkatkan kemahiran praktikal, kemahiran insaniah dan pengurusan acara serta memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi bersama masyarakat sekaligus mengaplikasi hasil pembelajaran yang tiada di dalam kelas. Bagi mencapai hasrat ini, program ini  akan berlangsung selama  7 hari 6 malam dan diharapkan ia dapat memberi impak yang baik pada diri peserta program dan pemupukan nilai dan sikap yang unggul serta membina konsep kendiri yang baik supaya dapat melahirkan modal insan negara yang terbaik.

Melalui penganjuran program anak angkat ini pelajar akan dapat mendalami erti kata-kata ihsan oleh Datin Paduka Naib Canselor “Ihsan Tonggak Kecemerlangan merangkumi setiap amal perbuatan atau pekerjaan yang baik, yang dilaksanakan dengan betul, mahir, efisien dan cekap dengan tujuan mencapai kesempurnaan, mempunyai kualiti yang tinggi, serta kecemerlangan”. Fokus utama program ini ialah memberi motivasi diri dalam membina karakter positif dalam diri pelajar dan peserta dalam mencapai misi pendidikan negara. Melalui program ini, pelajar dapat menerapkan dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri dan mendekatkan pelajar dengan masyarakat pedalaman Sarawak serta memahami budaya, adat dan kehidupan mereka. Akhir sekali, program ini dapat mencapai misi YBhg. Prof. Datin Paduka Naib Canselor dan memberi impak baik kepada nama UPM Kampus Bintulu.

Updated:: 17/04/2017 [lanz]

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE AND FOOD SCIENCES

UPM Bintulu Sarawak Campus,
P.O Box 396, Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855200
086338948
C1500928693