| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

PROGRAM BERSAMA PUSAT ALUMNI UPM

HARI PERTAMA: PROGRAM ALUMNI MENTORSHIP

BINTULU: Seramai 260 orang pelajar Diploma Semester 5 terlibat menyertai Program Alumni Mentorship pada 27 Ogos 2016 yang bertempat di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB. Program yang berkonsepkan perbincangan secara interaksi antara pelajar dan alumni (mentor) dalam suasana santai bertujuan berkongsi pengalaman dan kepakaran alumni, idea, maklumat serta peluang kerjaya dalam pasaran tenaga kerja negara. Program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang maklumat berguna seperti panduan temuduga, kemahiran berkomunikasi, peningkatan keyakinan diri dan memupuk pelajar agar sentiasa berminat mencari ilmu tambahan sebagai nilai tambah kepada mereka apabila bergraduat kelak.

Alumni Mentorship dijalankan secara dua sesi iaitu sesi forum dan sesi interaksi alumni - pelajar (rotaro session).


Alumni UPM


1


2


3


4


HARI KEDUA: UPM AMBASSADOR (28 Ogos 2016)

Pada hari kedua Program Bersama Pusat Alumni UPM, satu forum telah diadakan yang mana melibatkan kesemua pelajar Diploma semester 1, 3 dan 5.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program terdahulu (Outreach Program ke Fakulti/ Kolej Kediaman) yang telah dilaksanakan sejak 2003. Program UPM Ambassador ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berhubung kepentingan serta tanggungjawab sebagai seorang alumni di samping memupuk semangat cinta kepada Alma mater. Program ini telah dijadikan sebagai satu platform kepada universiti melalui penglibatan kolej kediaman dalam usaha Pusat Alumni memberikan kesedaran kepada mahasiswa agar sentiasa bersemangat untuk kembali semula ke kampus setelah bergraduat dan bergelar Alumni.


5


6


7


SXDdHA4~