| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Program Monumen Inovasi Siswa (MISI INTERN CLUB) 1.0

Program Monumen Inovasi Siswa (MISI INTERN CLUB) 1.0 adalah merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sains Pertanian (KESPER) dengan kerjasama Jabatan Sains Tanaman yang melibatkan penyertaan kelab di bawah setiap jabatan. Antara kelab dan jabatan yang terlibat ialah Jabatan Sains Sosial (AGRIBIZ), Jabatan Sains Perhutanan (RIMBAWAN), Jabatan Sains Asasi Dan Kejuruteraan (MSAE), dan Jabatan Sains Haiwan Dan Perikanan (KESPH). Program ini telah dirasmikan pada 14 Mac 2018 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Objektif program ini diadakan adalah untuk mencantikkan kawasan jabatan di samping mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah masing-masing. Program ini juga bertujuan untuk menjadikan setiap jabatan mempunyai monumen yang melambangkan jabatan masing-masing dengan berkonsepkan landskap lembut dan landskap keras.

Pemenang bagi pertandingan Monumen Inovasi Siswa ini adalah seperti berikut:
1. RIMBAWAN, Jabatan Sains Perhutanan
2. KESPH, Jabatan Sains Haiwan Dan Perikanan
3. MSAE, Jabatan Sains Asasi Dan Kejuruteraan
4. KESPER, Jabatan Sains Tanaman
5. AGRIBIZ, Jabatan Sains Sosial

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua peserta dan pemenang bagi program Monumen Inovasi Siswa.

SXETPAm~