| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

PROGRAM SISWA SMART@UPMKB TERIMA SAMBUTAN BAIK PELAJAR

BINTULU: Baru-baru ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bintulu dan Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Siswa Smart@UPMKB kepada pelajar-pelajar UPMKB.

Program yang dihadiri 60 orang pelajar tersebut dianjurkan bertujuan untuk memberikan pengetahuan awal dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar agar tidak terlibat dengan gejala negatif terutamanya dadah.  Turut hadir dalam program ini adalah Encik Harni bin Tani, Ketua Pegawai AADK Daerah Bintulu.


Picture 1


Picture 2


Picture 3


Picture 4


SXDdKAF~