| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

PUTRA BAKTI ll PUTRA VOLUNTEER BORNEO 4.0 CERIAKAN LARIAN AMAL JOGATON DI SK KIDURONG, BINTULU

PUTRA BAKTI ll PUTRA VOLUNTEER BORNEO 4.0 CERIAKAN LARIAN AMAL JOGATON DI SK KIDURONG, BINTULU

Pada 11 November 2017 (Sabtu), Sukaralewan UPM Kampus Bintulu dibawah program PVB 4.0 sekali lagi telah mengorak langkah dalam membantu pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kidurong dalam menjayakan Program Larian Amal Jogaton. Program ini merupakan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kidurong dengan jalinan kerjasama daripada Sekolah Kebangsaan Kidurong, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UPM Kampus Bintulu.

Seramai 800 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah, alumni dan ibu bapa. Bagi melancarkan program ini, seramai 50 orang sukarelawan UPMKB telah turun membantu sebagai Jawatankuasa Induk Teknikal dan Keselamatan program. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ialah Senamrobik, Larian Amal Jogaton, Pertandingan Pakaian Beragam, Pemeriksaan Kesihatan dan Cabutan Bertuah.

Program ini telah banyak memberi banyak impak yang positif kepada sukarelawan terutamanya dari segi kemahiran insaniah. Di samping itu, program ini juga telah memberikan pendedahan kepada para sukarelawan terhadap aktiviti khidmat masyarakat dan meningkatkan imej mahasiswa UPM Kampus Bintulu sebagai peneraju masa hadapan.

Diharapkan program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang sebagai medium untuk mahasiswa mahasiswi bagi menabur bakti kepada masyarakat.

#PutraVolunteerBorneo4.0
#TogetherWeFlyHigh
#Mahasiswauntukmasyarakat
#Mppcare
#Berilmuberbakti

SXDdKAi~