BINTULU: Kursus Pengurusan Stres: Terapi Ketawa mendapat sambutan penyertaan yang meriah di sini. Kursus yang dihadkan kepada 100 orang penyertaan ini telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada penjawat awam, swasta dan orang persendirian.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan teknik pengurusan stres yang berkesan dan praktikal untuk diamalkan oleh para peserta.
Slot telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi UPMKB iaitu Encik Muhd. Abdul Rahim bin Habib dan Puan Hairunisah binti Abdul Rahman serta dibantu oleh urusetia dari Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar.
Date of Input: 29/09/2017 |
Updated: 29/09/2017 | lanz
MEDIA SHARING