| UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

UPMKB telah menerima ' Excellence Awards' atas sumbangan dalam 'Sarawak Civil Services Community of Practices ( SCS COP) '.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEGAWAI PSIKOLOGI UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK MENERIMA ANUGERAH DARI KERAJAAN NEGERI SARAWAK!!
 
KUCHING - Pegawai Psikologi dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB telah menerima ' Excellence Awards' atas sumbangan dalam 'Sarawak Civil Services Community of Practices ( SCS COP) '.
 
Anugerah yang julung kali diadakan ini telah juga diberikan kepada Muhammad Abdul Rahim bin Habib dan disampaikan oleh Datu Dr Sabariah Putit , Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sewaktu Majlis Perasmian Hari Psikologi dan Kaunseling Peringkat Negeri Sarawak pada 1 November 2017 di Hotel Pullman Kuching. Beliau antara 10 orang penerima yang terdiri dari agensi kerajaan dan pelbagai kepakaran.
 
Pelancaran buku modul 'Sarawak Civil Service Excellent Employee Program' juga telah dilakukan pada majlis ini. Pembina dan penulis buku modul ini juga terdiri Pegawai Psikologi UPMKB iaitu Hairunisah Abdul Rahman dan Muhammad Abdul Rahim Habib. Modul ini merupakan modul pencegahan untuk Penjawat Awam Negeri Sarawak yang berprestasi rendah dan telah memperolehi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan institusi.
 
 
 
 

SXDdQA1~