Koleksi

1. KOLEKSI AM

Terdiri daripada buku-buku teks, prosiding, laporan dan lain-lain dalam pelbagai bidang perkara. Koleksi boleh dipinjam keluar dari perpustakaan.

Lokasi: Aras 1

2. KOLEKSI BORNEO

Koleksi Borneo hanya terdapat di Perpustakaan Kampus Bintulu Sarawak. Ianya terdiri daripada bahan-bahan tentang kepulauan borneo. Koleksi ini mempunyai symbol 'kb' di atas nombor panggilannya. Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

Lokasi: Bilik Rujukan, Aras Bawah

3. KOLEKSI RUJUKAN

Terdiri daripada kamus,ensiklopedia, buku panduan, almanak, atlas, istilah, glosari, direktori dan laporan perangkaan.

Mempunyai simbol 'r' di atas nombor panggilannya.

Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

Lokasi: Bilik Rujukan, Aras Bawah

4. KOLEKSI BAHAN PANDANG DENGAR

Terdiri daripada bahan pandang dengar seperti cakera padat (CDR,VCD dan DVD). Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

Lokasi: Aras Bawah

5. KOLEKSI BAHAN TERBITAN BERSIRI

5.1 Terbitan Bersiri Kini

Mempamerkan jurnal-jurnal terbaru/terkini yang diterima oleh perpustakaan. Mempunyai simbol 'btb' di atas nombor panggilannya.

Lokasi: Bilik Terbitan Bersiri, Aras 1

5.2 Terbitan Bersiri Kebelakangan

Mengandungi jurnal-jurnal yang belum berjilid. Sila dapatkan 'nombor kk' (nombor susunan) jurnal yang diperlukan daripada katalog perpustakaan sebelum memohon bahan di Kaunter Bilik Terbitan Bersiri.

Lokasi: Bilik Koleksi Kebelakangan, Aras 1

5.3 Terbitan Bersiri Berjilid

Mengandungi jurnal-jurnal yang telah dijilid. Mempunyai simbol 'btb' di atas nombor panggilannya. Koleksi adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.

Lokasi: Bilik Koleksi Kebelakangan, Aras 1

6. KOLEKSI KHAS

6.1 Koleksi Tesis

Koleksi tesis terdiri daripada tesis dan disertasi serta laporan projek yang dihasilkan oleh pelajar program pasca siswazah (master dan Ph. D) di Universiti Putra Malaysia. Tesis dan disertasi yang diperolehi oleh pegawai akademik dan bukan akademik Universiti Putra Malaysia dari institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara juga ditempatkan di koleksi ini. Bahan di koleksi ini mempunyai simbol 't' di atas nombor panggilannya dan hanya boleh dirujuk selama 2 jam.

Lokasi: Aras Bawah

6.2 Koleksi Laporan Projek

Koleksi ini merupakan hasil kajian pelajar tahun akhir program pra-siswazah di Universiti Putra Malaysia.. Bahan di koleksi ini mempunyai simbol 'lp' di atas nombor panggilannya dan hanya boleh dirujuk selama 2 jam.

Lokasi: Aras Bawah

6.3 Koleksi Buku Berbintik Merah

Koleksi buku berbintik merah mengandungi bahan-bahan yang terdapat dalam senarai bacaan dan buku-buku teks yang dicadangkan oleh pensyarah bagi kursus-kursus yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia. Bahan di koleksi ini ditandakan bintik merah di atas nombor panggilannya dan boleh dirujuk selama 2 jam atau dipinjam semalaman.

Lokasi: Bilik Rujukan, Aras Bawah

6.4 Koleksi Penerbitan Pegawai UPM

Koleksi ini meliputi penerbitan pegawai akademik dan bukan akademik UPM yang terdiri daripada kertas kerja persidangan/seminar yang telah diterbitkan atau dibentangkan di dalam dan luar negara. Koleksi ini ditempatkan di Bilik Terbitan Bersiri dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.

Lokasi: Bilik Terbitan Bersiri, Aras 1

7. KOLEKSI ARKIB

Koleksi ini meliputi bahan-bahan yang diterbitkan pada atau sebelum tahun 1980.

Lokasi: Seksyen Pembangunan Koleksi, Aras Bawah

8. KOLEKSI INDEKS SURAT KHABAR

8.1 The Borneo Post

8.2 Utusan Sarawak

Lokasi: Bilik Terbitan Bersiri, Aras 1

 9. PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

Terdiri daripada pangkalan data atas talian dalam pelbagai bidang. Mengandungi teks penuh atau abstrak artikel-artikel daripada jurnal dan lain-lain dokumen untuk kegunaan  penyelidikan dan pembelajaran. Pangkalan data atas talian boleh diakses dalam kawasan kampus melalui laman web perpustakaan atau melalui EZproxy sekiranya berada di luar kampus UPMKB.