Pas Kenderaan Staf/Pelajar

1. Pas Kenderaan Staf

    a. Isi borang permohonan pelekat kenderaan staf. Borang boleh dimuaturun dari  laman sesawang (reg.upm.edu.my) sistem pengurusan ISO Universiti. (BKU/BR01/PELEKAT01)

    b. Borang yang lengkap di isi hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan.

    c. Hantar borang permohonan ke Pejabat Keselamatan/ Unit Kenderaan.

    d. Permohonan yang diluluskan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

2. Pas Kenderaan Pelajar

Pihak Keselamatan akan menguatkuasakan peraturan yang mana hanya pelajar 
tahun 2 keatas sahaja dibenarkan memohon pelekat kenderaan. Walaubagaimanapun, pelajar tahun satu boleh memohon bergantung kepada keadaan semasa.

a. Isi borang permohonan pelekat  kenderaan pelajar. Borang  boleh dimuatturun
dari laman sesawang (reg.upm.edu.my) sistem pengurusan ISO Universiti. (BKU/BR01/PELEKAT02)

b. Borang yang lengkap di isi hendaklah ditandatangani oleh Bahagian Hal Ehwal
Pelajar.

c. Hantar borang permohonan ke Pejabat Keselamatan.

d. Permohonan yang diluluskan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

3. Pas Sementara

a. Isi borang permohonan Pas Sementara. Borang boleh dimuatturun dari laman sesawang (reg.upm.edu.my) sistem pengurusan ISO  Universiti. (BKU/BR01/PAS - SEM)

b. Borang yang lengkap di isi hendaklah ditandatangani oleh Penyelia Kontrak
(UPMKB).

c. Buat pembayaran di pejabat Bendahari.

d. Hantar borang permohonan beserta dengan resit pembayaran ke Pejabatn
Keselamatan

e. Permohonan yang diluluskan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

4. Kad Kampus

a. Isi borang permohonan Kad Kampus . Borang boleh dimuatturun dari laman
sesawang (reg.upm.edu.my) sistem pengurusan ISO  Universiti. (BKU/BR01/KAD KAMPUS)

b. Borang yang lengkap di isi hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan.

c. Hantar borang permohonan ke Pejabat Keselamatan

d. Permohonan yang diluluskan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.