Sistem Konferensi Video

Bagi menggalakkan komunikasi secara atas talian, UPMKB sangat aktif menggunakan sistem konferensi video untuk membolehkan kuliah, kursus, mesyuarat, perbincangan dan taklimat dibuat di antara pihak UPMKB dengan pihak lain secara maya.

Beberapa lokasi strategik telah dilengkapkan dengan sistem konferensi video ini dan warga kampus turut boleh menggunakan sistem konferensi video desktop. Untuk tempahan penggunaan, bolehlah berhubung dengan staf di Bahagian Teknologi Maklumat di talian 086-855288.