Kemudahan

Pusat Islam UPM Kampus Bintulu beroperasi semula sempena pembukaan UPM Kampus Bintulu pada tahun 2001 untuk menjalankan kegiatan pendidikan kerohanian kepada pelajar, staf dan masyarakat sekitar melalui pelbagai aktiviti seperti Tafaqquh Fi Din (Pengajian antara Maghrib - Isyak) kelas pengajian Al-Quran, kelas fardhu 'Ain, seminar, forum, bengkel dan penerbitan risalah dari masa ke masa.

FUNGSI

1. Menjalankan aktiviti keagamaan, kerohanian dan perpaduan

2. Menjalankan pendidikan kerohanian khususnya penerapan melalui pengajian al-Quran, fardhu ain, penyebaran risalah dan sebagainya

3. Merancang, melaksana dan mengawal selia perhimpunan bagi tujuan ibadat, pendidikan dan aktiviti lain di kampus

4. Mengeluarkan risalah / dokumen penyelidikan tentang Islam dari semasa ke semasa

5. Merancang, melaksana dan mengawal selia kursus jangka pendek berbentuk sijil

6. Bekerjasama dengan unit-unit lain untuk mengadakan aktiviti berunsur bimbingan dan penyebaran ilmu agama yang dapat membentuk mahasiswa cemerlang

7. Memantau semua aktiviti berunsur keagamaan