Perkhidmatan

Bahagian Kesihatan Pelajar UPMKB telah ditubuhkan sejajar dengan pembukaan UPMKB pada tahun 2001 dan memulakan perkhidmatannya kepada pelajar-pelajar UPMKB sahaja. Pusat kesihatan ini telah meluaskan perkhidmatan kepada kakitangan UPM dan tanggungan. Ia terbahagi kepada Unit Perubatan, Unit Pergigian dan Unit Pentadbiran.

Bahagian Kesihatan Pelajar terletak di Kolej Sri Rajang (tingkat bawah bangunan Dewan Makan 2). Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat ini adalah perkhidmatan perubatan dan pergigian (secara berkala). Diadakan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar dan staf yang menghadapi masalah kesihatan

FUNGSI

1. Memberi layanan konsultasi kesihatan kepada pelajar, staf dan tanggungan untuk memperoleh kesihatan fizikal dan mental yang baik.

2. Memberi rawatan perubatan pelajar, staf dan tanggungan dengan segera dan berkualiti.

3. Menyediakan tempat perawatan yang selesa, tenang dan bersih.

4. Memberi rawatan pergigian (secara berkala oleh pegawai pergigian dari Pusat Kesihatan UPM Serdang).

5. Mengadakan program promosi, aktiviti dan kempen kesihatan.