Kemudahan

Kolej Sri Rajang menyediakan pelbagai kemudahan, bagi memastikan penghuninya menikmati persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif sekaligus meningkatkan penjanaan minda dan mengasah kreativiti pelajar dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berketrampilan.

a) Blok Kediaman

Kolej Sri Rajang merupakan kolej kediaman yang pertama di Universiti Putra Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar. Kolej ini mempunyai 10 blok yang mampu menampung seramai 1574 pelajar dalam satu masa. Setiap blok dilengkapi dengan bilik rehat, televisyen, sofa, seterika, bilik pantri dan  water cooler untuk kegunaan harian dan aktiviti.

b) Dewan Makan

Dewan Makan Dua menyediakan cafeteria yang menyajikan pelbagai pilihan makanan yang enak dan beraneka jenis dan boleh memuatkan 500 pelajar dalam setiap dewan pada satu masa.

c) Makmal Sumber

Dikhaskan untuk mengakses internet bagi memudahkan para pelajar mencari maklumat untuk tujuan pembelajaran.

d) Bilik Mesyuarat

Bilik mesyuarat Kolej Sri Rajang yang berkapasiti 50 orang terletak di pejabat pengurusan kolej.

e) Kemudahan Peralatan

Pihak kolej juga menyediakan kemudahan peralatan untuk melaksanakan aktiviti pelajar dan staf di dalam ataupun di luar kawasan kampus. Antara kemudahan yang disediakan :

1. Sistem Siaraya
2. Pentas bolehubah
3. Kerusi banquet
4. Meja
5. Kerusi plastik
6. Kanopi
7. Dewan Aktiviti

Kadar Sewaan Kemudahan Bilik dan Dewan yang boleh disewa, sila klik DISINI