Putra Bakti Free Shop@UPMKB

Sukarelawan Putra Bakti@Freeshop UPMKB telah ditubuhkan pada Februari 2016. Penubuhan Putra Bakti@Freeshop ini bertujuan  untuk membantu golongan pelajar/asnaf yang memerlukan terutamanya bagi mendapatkan barangan keperluan secara percuma. Ia adalah sebagai galakan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian. Freeshop UPMKB terletak di Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, UPMKB.


 

Pertanyaan selanjutnya: En. Muhd Abdul Rahim bin Habib / Pn. Hairunisah binti Abdul Rahman