HAL EHWAL PELAJAR

Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, tatatertib, kaunseling, kebudayaan, penempatan, bantuan kewangan, kemajuan akademik, kebajikan pelajar,dan pelajar luar kampus. Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyediakan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti pembangunan pelajar, kebajikan, dan sokongan akademik pelajar yang dapat memenuhi ekspektasi pelanggan.