SELAMAT DATANG 
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) bermula dengan kampus sementara di Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus ini telah berkembang dan berpindah ke kampus tetap yang lebih selesa di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun 1987 sebelum ditutup sementara pada tahun 1992. UPMKB diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa. Fokus utama UPMKB adalah dalam bidang agribio seperti pertanian, perhutanan, perikanan, peternakan, pemakanan dan persekitaran.
UPMKB terletak 13 km dari Bandar Bintulu, dikelilingi dengan rimbunan kehijauan yang kaya dengan flora dan fauna. Kampus ini mempunyai keluasan 715.16 hektar dan boleh menampung sehingga 2200 orang pelajar. UPMKB adalah kampus cawangan UPM dengan sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Fakulti ini terdiri daripada lima buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini menawarkan program Diploma , Bacelor , Master dengan tesis dan PhD . SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU Seluruh warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu. Sila klik pada tajuk berikut bagi mendapatkan informasi berguna dan penting untuk dijadikan panduan semasa proses melaporkan diri di UPM Kampus Bintulu Sarawak. Tarikh Kemaskini Laman Web Minggu Perkasa Putra: 23 Jun 2009 AKTIVITI SEMASA MINGGU PERKASA PUTRA SEMESTER PERTAMA SESI AKADEMIK 2009/2010Tarikh : 27 Jun - 4 Julai 2009 Tempat : Dewan Sri Belian, Bangunan Perpustakaan | MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI DI FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU, SARAWAKTarikh : 1 - 3 Julai 2009 | AUDIT KENDIRI BIL. 1 TAHUN 2009 SPK MS ISO 9001:2008 BAGI SKOP PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KOMERSIL UPMKBTarikh : 6 - 7 Julai 2009 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang | PENGUMUMAN 22 Jun 2009 : Pindaan Dokumen SPK Penyelidikan dan Pembangunan Komersil Berkuatkuasa 1 Julai 2009  18 Jun 2009 : Tawaran Dokumen Sebutharga Terkini 12 Jun 2009 : Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Kedua 2008/2009 Melalui eSMP 19 Mei 2009 : Semakan Tawaran Kemasukan Secara On-Line Ke Universiti Putra Malaysia Jika ada sebarang cadangan, komen atau pertanyaan, sila emailkan kepada alamat email berikut :
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
Tarikh Akhir Kemaskini : 2 Julai 2009 |