Get Adobe Flash player

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

 

PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan satu komponen yang terpenting dalam pentadbiran Hal Ehwal Pelajar. Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, tatatertib, kaunseling, kesukanan, kebudayaan, penempatan, bantuan kewangan, kemajuan akademik, kebajikan pelajar dan pelajar luar kampus. Misi bahagian ini adalah untuk menjadi pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan ketrampilan pelajar melalui pelaksanaan program pembangunan sahsiah. Kecemerlangan haruslah diimbangi di antara kedua-dua bidang iaitu akademik dan kokurikulum. Kedua-dua aspek ini akan saling melengkapi antara satu sama lain dalam proses kemajuan diri pelajar dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti, seimbang dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan.

Dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab ini, Pejabat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar berperanan membantu pihak Universiti mencapai matlamat utamanya melalui:

  • Perancangan pembangunan fizikal untuk keperluan pelajar dalam aspek-aspek kokurikulum, penginapan, sukan, kebudayaan dan juga perkhidmatan pentadbiran kepada pelajar.
  • Pengawalan disiplin dan perilaku pelajar berpandukan akta dan peraturan yang diluluskan oleh kerajaan dan pihak berkuasa Universiti.
  • Peningkatan kualiti perkhidmatan iaitu usaha berterusan dijalankan bagi memenuhi kehendak pelanggan iaitu pelajar.
  • Konsep perkhidmatan mesra pelanggan iaitu bahagian ini sentiasa menggalakkan hubungan yang rapat dan terbuka dengan kepimpinan pelajar.
  • Penganjuran sesi percambahan dan penyatuan fikiran melalui bengkel dan penyelidikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 

FUNGSI

  • Merancang, menyelia dan melaksanakan pengurusan hal ehwal pentadbiran, kewangan dan pembangunan sumber manusia Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
  • Merancang dan memantau aktiviti kebajikan pelajar seperti kewangan, makanan, pengangkutan, keselamatan, kesihatan dan penginapan.
  • Merancang dan memantau aktiviti kepimpinan, disiplin, senikebudayaan, kaunseling dan kerjaya serta kerohanian mahasiswa.
  • Merancang dan memantau aktiviti akademik pelajar.
  • Memantau dan menyelaras perkhidmatan makanan mahasiswa.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :


Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak,
Jalan Nyabau, Peti Surat 396,
97008 Bintulu, Sarawak


Telefon : 6086-855214
Faks : 6086-855440
Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

Webmail UPMKB

Pautan Pantas

claim
spln