Get Adobe Flash player

KOLEJ SRI RAJANG

 

PENGENALAN

Kolej Sri Rajang dimashyurkan pada tahun 2002 mengambil nama Sungai Rajang iaitu sungai yang terpanjang di Malaysia. Mula beroperasi pada 5 November 2001 untuk menempatkan 154 pelajar pengambilan pertama sempena pembukaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Pentadbiran kolej ditunjangi oleh Ketua Jabatan Kolegiat dan dibantu oleh barisan felo dan Majlis Tertinggi. Mahasiswa (MTM).

 

FUNGSI

  • Menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif.
  • Merancang pembangunan fizikal dan infrastruktur kolej.
  • Merancang aktiviti pelajar yang boleh menjana minda dan mengasah kemahiran.
  • Memupuk integrasi dan perpaduan pelajar melalui aktiviti pelajar.
  • Menjaga kebajikan pelajar melalui pemantauan dan pengawasan dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan tempat untuk pelajar menjalankan pelbagai aktiviti.

 

KEMUDAHAN

Kolej Sri Rajang menyediakan pelbagai kemudahan, bagi memastikan penghuninya menikmati persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif sekaligus meningkatkan penjanaan minda dan mengasah kreativiti pelajar dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berketrampilan.

a) Blok kediaman

Kolej Sri Rajang merupakan kolej kediaman yang pertama di Universiti Putra Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar. Kolej ini mempunyai 10 blok yang mampu menampung seramai 1500 pelajar dalam satu masa dan menempatkan dua pelajar sebilik. Setiap blok dilengkapi dengan bilik rehat, televisyen, sofa, suratkhabar, cerek elektrik, seterika, bilik pantri, water cooler, dan telefon awam untuk kegunaan harian dan aktiviti.

b) Dewan Makan

Dewan Makan Satu dan Dewan Makan Dua yang menyajikan pelbagai pilihan makanan yang enak dan beraneka jenis boleh memuatkan 500 pelajar dalam setiap dewan pada satu masa. Aktiviti pelajar turut dijalankan di sini.

c) Makmal Sumber

Dikhaskan untuk mengakses internet bagi memudahkan para pelajar mencari maklumat untuk tujuan pembelajaran.

d) Bilik Mesyuarat

Bilik mesyuarat Kolej Sri Rajang yang berkapasiti 50 orang terletak di pejabat pengurusan kolej.

e) Kemudahan Peralatan

Selain daripada itu, pihak kolej juga menyediakan kemudahan peralatan yang lain untuk memudahkan aktiviti para pelajar dan staf di dalam ataupun di luar kawasan kampus. Antara kemudahan yang disediakan :

  • Sistem Siaraya
  • Pentas Bolehubah
  • Kerusi banquet
  • Meja
  • Kerusi plastik

 

Untuk Maklumat Lanjut,Sila Hubungi :

Pn. Hadiah Bt Sandi

Penolong Pengurus Asrama

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak,
Jalan Nyabau, Peti Surat 396,
97008 Bintulu, Sarawak

Telefon : 6086-855332
Faks : 6086-314794
Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

Webmail UPMKB

Pautan Pantas

claim
spln