Get Adobe Flash player


MENGENAI KAMI

 

Misi UPMKB

Misi UPMKB adalah untuk menjadi Pusat Pendidikan Tinggi Wilayah penting yang memberi sumbangan kepada pembangunan persekitaran intelektual, sumber tenaga dan sosio-ekonomi Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Visi UPMKB

Visi UPMKB adalah untuk menjadi pusat rujukan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan Agribio Wilayah yang terpenting di Borneo.

 

Dasar Kualiti

Kami, staf UPMKB beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekpestasi pelanggan.

 

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk menjana modal insan, mengeluarkan hasil penyelidikan dan menawarkan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam bidang agribio dengan:

  • Menyediakan prasarana dan kepakaran yang lengkap untuk memperkasakan penyelidikan.
  • Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  • Menyediakan perkhidmatan profesional yang cekap dan berkesan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan latihan dan perundingan ke arah pembangunan wilayah dan pengembangan ilmu.

 

Fungsi dan Tanggungjawab

Fungsi dan tanggungjawab utama Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPMKB adalah seperti berikut :

  • Merancang dan melaksanakan penawaran program akademik pada peringkat Diploma, Bacelor dan Pasca Siswazah.
  • Merancang dan menguruskan perbelanjaan pengurusan dan penyelidikan.
  • Merancang dan mengurus pembangunan dan keperluan sumber manusia.
  • Merancang pembangunan dan kemudahan infrastruktur termasuk aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan kampus secara keseluruhannya.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pembentukan sahsiah, kepemimpinan, kemahiran berfikir, keusahawanan, komunikasi dan pengembangan potensi pelajar.
  • Merancang, melaksana dan menjalinkan hubungan dengan agensi luar.
  • Menguruskan dan menyelia program penyelidikan melalui peruntukan universiti dan bantuan agensi luar yang lain.
  • Menggunakan kepakaran sedia ada untuk aktiviti perundingan dan khidmat masyarakat melalui pengembangan.
  • Merancang dan mengawal polisi dan peraturan berkaitan serta meningkatkan tahap keselamatan di dalam kampus.
  • Merancang, melaksana dan meningkatkan taraf kemudahan dan penggunaan ICT di UPMKB.

 

Fokus UPMKB

Sesuai dengan persekitarannya yang kaya dengan sumber asli dan hutan tropika, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan memberi tumpuan kepada skop pengajian berkaitan dengan sumber yang boleh diperbaharui (renewable resources) iaitu merangkumi bidang pertanian, perhutanan, perikanan, makanan, biodiversiti, alam sekitar, dan lain-lain yang berkaitan dengan agrobio. Penumpuan ini adalah strategik bagi menyokong matlamat ketiga UPM iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian dan biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa. Rangkaian kerjasama dan persepakatan bestari dengan pihak industri (sektor awam dan swasta) diwujudkan supaya perlaksanaan program akademik UPMKB menepati falsafah pendidikan dan kehendak pasaran.

 

 

 

Sejarah Ringkas UPMKB

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Sejarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak bermula di kampus sementaranya di Natural Resources Training Centre, Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus ini telah berpindah ke kampus tetapnya di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun 1987. Pada 27 Ogos 1987, Universiti Pertanian Malaysia Sarawak telah ditubuhkan secara rasmi sebagai kampus cawangan melalui Perintah Universiti Pertanian Malaysia (No.2) 1987 di bawah tiga Pusat Pengajian – Pusat Pengajian Sains Gunaan, Pusat Sains Asasi dan Pusat Pengajian Sains Sosial dan Pengurusan. Pusat tersebut menawarkan tiga program di peringkat Diploma iaitu Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma Perniagaantani di samping satu program pendahuluan.

Webmail UPMKB

Pautan Pantas

claim
spln