Get Adobe Flash player

PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA


PROGRAM DITAWARKAN

 

DIPLOMA PERTANIAN

Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi dan pengurusan ladang, keusahawanan tani dan pengembangan.

Graduan Diploma Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan swasta serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.

Diploma Pertanian adalah program pengajian enam (6) semester dengan 103 jam kredit.

Sila klik pada tajuk berikut untuk maklumat berkenaan :

 

DIPLOMA PERIKANAN

Diploma Perikanan ditawarkan untuk melatih graduan dalam bidang perikanan dengan penumpuan kepada pembiakan ikan, teknik penangkapan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan hasilan perikanan, dan keusahawanan.

Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.

Diploma Perikanan adalah program enam (6) semester dengan jumlah 103 jam kredit.

Sila klik pada tajuk berikut untuk maklumat berkenaan :

 

DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PETERNAKAN

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan.

Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.

Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian tiga (3) tahun dengan jumlah 112 jam kredit.

Sila klik pada tajuk berikut untuk maklumat berkenaan :

 

DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan ditawarkan untuk melatih graduan yang menjurus kepada agriteknologi dan keusahawanan serta berkemahiran dalam pengurusan pengeluaran makanan.

Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani.

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan adalah program enam (6) semester dengan jumlah 104 jam kredit.

Sila klik pada tajuk berikut untuk maklumat berkenaan :

 

DIPLOMA PERHUTANAN

Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan, pengurusan hidupan liar, pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.

Diploma Perhutanan adalah program enam (6) semester dengan jumlah 103 jam kredit.

Sila klik pada tajuk berikut untuk maklumat berkenaan :

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN PERTANIAN

Diploma Kejuruteraan Pertanian ditawarkan sejajar dengan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam mengusaha dan mengendalikan sumber pertanian negara secara efektif dan efisyen serta menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkeupayaan untuk memajukan bidang pertanian dengan berbekalkan ilmu serta teknologi moden dalam merealisasikan sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi negara.

Graduan Diploma Kejuruteraan Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan swasta. Diploma Kejuruteraan Pertanian adalah program pengajian tiga (3) tahun dengan 103 jam kredit.

Sila klik pada tajuk berikut untuk maklumat berkenaan :

 

DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Program Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian negara.

Penekanan diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain).

Diploma Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi usahawan tani.

Diploma Perniagaantani adalah enam (6) semester dengan jumlah kredit 104 sepenuh masa (termasuk 2 kredit ko-kurikulum).

Sila klik pada tajuk berikut untuk maklumat berkenaan :

 

MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN :

 

CARA MEMOHON

Semua permohonan masuk ke program bacelor, diploma dan asasi sains pertanian UPM boleh melalui Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara atas talian atau terus kepada pihak universiti iaitu Bahagian Akademik UPM.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke alamat e-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. .

 

Webmail UPMKB

Pautan Pantas

claim
spln