|
SOALAN LAZIM
|
||
| S : | Apakah program yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Pertanian dan Makanan? | |
| J : |
Untuk pra siswazah, fakulti menawarkan satu (1) program bacelor dan tujuh (7) program diploma dan satu (1) program persediaan diploma. Untuk pasca siswazah, fakulti menawarkan program Sarjana dengan tesis dan Doktor Falsafah dalam bidang Agronomi, Entomologi, Hortikultur, Pengurusan Sumber Tanah, Patologi Tumbuhan, Perhutanan, Akuakultur, Biologi Akuatik, Ekologi dan Biologi Marin, Bioteknologi Tumbuhan, Bioteknologi Mikrobial, Mikrobiologi, Kimia, Kimia Analatikal dan Kimia Persekitaran. |
|
| S : | Bagaimanakah caranya untuk saya memohon memasuki program yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Pertanian dan Makanan? | |
| J : | Pemohon yang memenuhi syarat keperluan kelayakan akademik boleh memohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi atau melengkapkan borang permohonan dan dihantar kepada Bahagian Akademik, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Bagi program siswazah (MS dan PhD) pemohon dikehendaki memohon melalui Sekolah Pengajian Siswazah, UPM | |
| S : | Berapa lama masa diperlukan untuk melengkapkan program Bacelor dan Diploma? | |
| J : | Bacelor Sains Bioindustri (Kepujian) mengambil masa 4 tahun (8 semester) dan program diploma pula mengambil masa 3 tahun (6 semester). | |
| S : | Berapakah tempoh masa diperlukan untuk menamatkan program Master atau PhD? | |
| J : | Masa minimum untuk program Master adalah 4 semester sementara PhD adalah 6 semester. | |
|
|
||























