UTAMA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Anda lepasan sekolah dan mencari tempat belajar yang baik serta kondusif? Atau anda telah mempunyai pekerjaan namun ingin menambah pengetahuan dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi?.

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak menawarkan pelbagai program pengajian pada peringkat PhD, Master, Bacelor, Diploma dan Pra Diploma. Program akademik yang ditawarkan sangat relevan dengan keperluan industri, dimana graduan kami telah mencapai peratusan kebolehpasaran yang tinggi. Semua program pengajian menyokong 5 tujahan akademik dan penyelidikan kami, iaitu dalam bidang Pertanian, Perhutanan, Tenaga Diperbaharui, Kimia Industri, dan Ekonomi Sosial.


UPMKB kini menawarkan lima (5) program Bacelor, sembilan (9) program Diploma, dan satu (1) program Pra Diploma dan program-program lain akan ditawarkan pada tahun berikutnya.

Bagi pengajian Siswazah pula, UPM Kampus Bintulu Sarawak mempunyai Enam (6) program pengajian master secara kerja kursus manakala untuk pengajian master dan PhD secara kajian, UPMKB mempunyai 45 bidang penyelidikan untuk diterokai. UPM Kampus Bintulu Sarawak merupakan satu-satunya kampus bertaraf universiti penyelidikan di Malaysia timur dengan 85% pensyarahnya mempunyai kelulusan PhD dalam pelbagai bidang.

Tahniah kerana menjadi pelajar UPM Kampus Bintulu Sarawak. Sepanjang pengajian anda di kampus ini, anda akan berpeluang belajar kursus yang anda minati dalam suasana yang sangat kondusif dan damai. Pihak universiti amat komited untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan teknologi terkini dan keselamatan semua pelajar yang berada di kampus ini menjadi keutamaan kami.

Selain daripada belajar, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik turut dijalankan agar pelajar dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah. UPMKB dilengkapkan dengan kemudahan seperti Kolej Sri Rajang, Perpustakaan, Klinik serta Kemudahan Sukan dan Rekreasi untuk memastikan pelajar UPMKB kekal aktif dan mempunyai minda yang cerdas.

Peluang belajar di Bintulu Sarawak di pulau Borneo yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya adalah pengalaman berharga yang anda tidak akan dapat lupakan. Borneo mempunyai kawasan yang luas untuk diterokai semasa cuti semester. Antara lokasi popular yang boleh dilawati oleh pelajar ialah Gua Niah, Gunung Santubong, Gua Mulu dan Gunung Kinabalu selain melawati bandar-bandar seperti Miri, Sibu, Kuching, Kota Kinabalu dan negara jiran Brunei Darussalam.

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.

Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.

UPMKB adalah kampus cawangan UPM dengan sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Fakulti ini terdiri daripada lima buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini menawarkan program Diploma, Bacelor, Master dengan tesis dan PhD.

UPM mempunyai 7,968 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,773 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding. Manakala 1,649 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 4,546 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan.

Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.

Buat masa kini, para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini DAFTAR ALUMNI.

artikel
A New Species Of Orchid From Sarawak - Bulbophyllum Abangjoeii
A NEW SPECIES OF ORCHID FROM SARAWAK Bulbophyllum abangjoeii Go, Besi and Pungga sp. nov. Etymology: Species epithet name abangjoeii is after “Abang Joe” or Abang Zohari Abang Haji Openg, The Honorable Premier of Sarawak.
A New Species Of Orchid From Sarawak - Bulbophyllum Abangjoeii
Merpati and Permaisuri, The Tales of Sarawak Malay
Merpati and Permaisuri, The Tales of Sarawak Malay
e-book Buku Laporan Kelestarian Kampus 2021 Universiti Putra Malaysia
e-book Buku Laporan Kelestarian Kampus 2021 Universiti Putra Malaysia
Artikel-artikel lain...
berita
KUUB PLATFORM KERJASAMA TIGA NEGARA, HIMPUN 16 UNIVERSITI DI BORNEO
KUUB PLATFORM KERJASAMA TIGA NEGARA, HIMPUN 16 UNIVERSITI DI BORNEO
KUCHING: Sebanyak 16 universiti awam dan milik kerajaan di kepulauan Borneo telah berjaya dihimpunkan menerusi penganjuran sulung Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) yang diterajui Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) selama tiga hari, di sini, bermula Isnin.
pengumuman

Permohonan Jawatan Kosong bagi Jawatan:
 
1. Pembantu Awam Gred H11
 
Mulai 30 Mac hingga 05 April 2023
 
Taraf Jawatan: TETAP
 
Bagi sesiapa yang berminat boleh melayari laman web >>> https://ejobs.upm.edu.my/ untuk maklumat lanjut.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
 
1. Puan Lucy Asa
Tel: 086-855234
 
2. Puan Rose Binti Sbee
Tel:086-855259
 
3. Puan Masna Binti Suhaili
Tel: 086-855207
 
Bahagian Pentadbiran, UPMKB

 



Untuk maklumat lanjut, sila klik >> DISINI

 
Petabi medting ngan muyuh ngabi!
(A greeting in Kelabit which means ‘Welcome everyone!’)

The 3rd International Conference on Science, Social Sciences & Humanities 2023 (ICOSSH 2023), organized by the Faculty of Humanities, Management and Science at UPMKB with the theme “Towards a Culture of Sustainability in Borneo”, is coming up on 26-27 September 2023, and you don't want to miss it!

With sub-themes in Science and Mathematics, Engineering and Technology, Humanities, Culture and Arts, and Business, Economics and Management, this conference promises to be a unique and comprehensive event, spanning across multiple disciplines.

Join us at the Pullman Waterfront Hotel in Miri, Sarawak for two days of engaging presentations, thought-provoking discussions, and networking opportunities with fellow professionals in these fields. Immerse yourself in the rich culture of Sarawak while learning and growing in your field. Meet and collaborate with participants from diverse backgrounds, including researchers, academics, postgraduate students, government agencies, and policymakers. Register now and be a part of shaping the future of these important disciplines toward a sustainable future.

For more information and to register, visit http://icossh.upm.edu.my/.

See you at ICOSSH 2023!

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera;
 
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2022
 
Perhatian untuk pelajar Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan berikut sahaja :
• Diploma Pembangunan Manusia dan
• Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
 
UPMKB mempelawa calon- calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan.
 
Penajaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.
 
Permohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :
• Diploma – 22 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022
• Bacelor – 28 Mac sehingga 16 April 2022
 
Bagi pelajar yang berminat bolehlah memohon segera. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pihak kami menghubungi Puan. Rabaiyah binti Zaini di talian 086-855474 atau emel rabaiyah@upm.edu.my
 
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB


Untuk maklumat lanjut, sila klik >> DISINI

TARIKH TUTUP

13 Apr 2023

UPMKB/SH04/ 2023(11601

PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI BANGUNAN DI ZON B BAGI TEMPOH SELAMA SATU (1) TAHUN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

06 Apr 2023

SH03/2023 (KSR)

PERKHIDMATAN SEWAAN RUANG BAGI DUA (2) UNIT MESIN LAYAN DIRI SNEK DAN MINUMAN DI KOLEJ SRI RAJANG, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

03 Apr 2023

UPMKB/SHB-03/2023 (KSR)

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN SEWAAN SEBELAS (11) UNIT PENAPIS AIR BAHARU DI SEMUA BLOK PENGINAPAN PELAJAR KOLEJ SRI RAJANG UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
;
KUUB Himpun 15 Universiti Di Borneo
;
iRandau 2023 montage
;
iRANDAU2023 : Siaran langsung dalam Slot Apa Khabar Malaysia Saluran Astro 502, 24 Mac 2023
;
14 Mac 2023 Selamat Pagi Malaysia – iRANDAU MMengangkat Aspirasi Memperkasa Komuniti
ikuti kami
fb.png
insta.png
youtube.png
flickr.png
BWECFAt:05:07