
Didoakan semua warga UPMS dikurniakan kesihatan yang baik dan terus cemerlang hendaknya.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sebagaimana telah dijadualkan dalam Takwim Aktiviti Kualiti Universiti Putra Malaysia, Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 perlu dilaksanakan oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh bermula 1 April hingga 31 Mei 2026. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan Audit Dalaman bagi QMS dan ISMS di UPMS akan dilaksanakan pada 11 hingga 15 Mei 2026 (Isnin hingga Jumaat).
3. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik semua warga UPMS di peringkat fakulti/institut/pusat/pejabat/bahagian/jabatan mengambil maklum dan perhatian selanjutnya berhubung pemakluman awal audit dalaman UPMS ini sebagai persediaan di pejabat masing-masing. Semoga dengan adanya pemakluman ini dapat membantu pihak fakulti/institut/pusat/pejabat/bahagian/jabatan dalam membuat persediaan di peringkat pejabat masing-masing sebelum sesi audit bermula dan semoga pelaksanaan audit dalaman UPMS pada tahun ini berjalan lancar.
Sekian, terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, sila klik >>> DISINI

MAKLUMAN PELAKSANAAN PENILAIAN PENGAJARAN (TA) PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SEMESTER KEDUA SESI AKADEMIK 2025/2026 UPM
Pelajar boleh membuat penilaian Teaching Assesment melalui portal Putra Learning Hub https://oscar.upm.edu.my/ta/
Tarikh Penilaian -
Tarkh Mula: 9 FEBRUARI 2026
Tarikh Akhir: 5 APRIL 2026
Mohon hebahkan kepada pelajar dan WAJIB 100% membuat Teaching Assessment.

Untuk maklumat lanjut, klik >>> DISINI



🚀 UPMS Student Mobility Programme 2026
📠Guangzhou, China
ðŸ—“ï¸ 1–15 September 2026
🌠Learn, Explore & Experience China!
An international mobility programme featuring academic sessions, industry & government visits, and cultural immersion.
✨ Highlights
🫠Campus life at Guangdong Polytechnic of Science and Trade (GPST)
🚗 Industry visits incl. Xiaopeng (XPeng) Motors
🤠Network with Malaysian university students
🮠Cultural & city experiences in Guangzhou
💰 Fees: RM3,500 (Early Bird) | RM4,500 (Normal)
🎯 Only 40 seats — first come, first served!
🔗 Apply Now: https://forms.gle/DVCcefurtZSYxtyS6
📜 Past Event Highlights (2024): https://www.youtube.com/watch?v=ARaXBXxZk1A&t=2s
📖 FAQ:
🔗 https://drive.google.com/file/d/1Hwf08DWyH5GYMYnBvrTkTRv1Yh-csjgs/view
📠This is an official UPMS program. Participation is subject to UPM, GPST, and host country guidelines. Please review all terms before registering.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah mengesan kewujudan Pesanan Belian (PO) PALSU yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab (scammer) dengan menggunakan nama UPMS.
ORANG RAMAI DINASIHATKAN SUPAYA BERHATI-HATI
Sila buat pengesahan terus dengan pihak UPMS sebelum menerima atau memproses sebarang PO, pembayaran atau urusan berkaitan.
UPMS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB
ke atas sebarang kerugian, tuntutan atau implikasi yang dialami akibat penipuan menggunakan PO palsu tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau maklumat mencurigakan, sila hubungi UPMS melalui saluran rasmi sahaja.
Sekian, terima kasih.

Recycling in Malaysia remains challenging due to low awareness, inconsistent waste separation, and limited systems for tracking recyclables. As a result, many valuable materials still end up in landfills, increasing disposal costs and environmental impacts.
KitarNow is a practical digital platform designed to help organisations record, manage, and track recyclable waste in a simple and user friendly way. Through the app, schools, businesses, and institutions can log recyclable materials by category and weight, monitor their recycling progress over time, and support a local circular economy by enabling direct connection with recycling companies for collection arrangements.
KitarNow is developed by Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) and is implemented in partnership with the Bintulu Development Authority (BDA). The project is funded by an Extra Budgetary Contribution from the Government of Japan through the Asia Pacific Telecommunity (APT). By improving data, participation, and coordination, KitarNow supports a cleaner and more efficient recycling system for Bintulu.
For more info please click > HERE
Want to be part of a more sustainable Bintulu?
Please reach out to:
Dr. Keeren Sundara Rajoo
kitarnow@upm.edu.my
FURTHER INFORMATION: https://www.tenderwizard.my/UPM
FURTHER INFORMATION: eJOBS
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia