Business Events Consortium of Miri (BeCoM) - Delegasi UPMKB di acara Business Events (BESarawak): Tribal Gathering 2019 yang berlansung di Pullman Waterfront Hotel, Miri. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak.
Jemputan khas dari pihak Sarawak Convention Bureau (SCB) ini membuka peluang kerjasama penganjuran pelbagai projek dan acara di peringkat antarabangsa. Kerjasama UPMKB dengan pihak kerajaan negeri Sarawak ini mampu membawa kampus UPMKB ke tahap seterusnya. Pihak SCB juga telah banyak membantu pihak UPMKB dari segi dana kewangan dalam penganjuran konferens akademik beberapa siri. Syabas kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini dan Yang Berusaha En Fakhzan Hj Buang yang memastikan kelansungan hubungan UPMKB - SCB membawa banyak peluang dan ruang kepada warga kampus UPMKB.
Tarikh Input: 11/09/2019 | Kemaskini: 20/09/2019 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia