PROGRAM KOMUNITI PENDIDIKAN MIKROBIOLOGI EKOSISTEM AKUARIUM DI SK KIDURONG BERJAYA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM KOMUNITI PENDIDIKAN MIKROBIOLOGI EKOSISTEM AKUARIUM DI SK KIDURONG BERJAYA

PROGRAM KOMUNITI PENDIDIKAN MIKROBIOLOGI EKOSISTEM AKUARIUM DI SK KIDURONG BERJAYA

BINTULU: Program Komuniti Pendidikan Mikrobiologi Dalam Ekosistem Akuarium diadakan dengan jayanya untuk murid-murid dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong hari ini.

Program anjuran Institut EkoSains Borneo Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan SK Kidurong itu bertujuan mendedahkan murid-murid dan guru dengan hidupan akuatik seperti ikan dan sebagainya.

Program itu dibahagikan kepada lima modul iaitu Pelangi Kobis Merah, Eksplorasi Aerodinamik: Projek Kejuruteraan Pesawat, Menganggar Jumlah Pembebasan Gas Amonia, Teknologi Penanaman Tanpa Tanah dan Ekosistem Hidupan Akuatik Dalam Akuarium. 

Pameran 'Black Soldier Fly' turut diadakan yang dikendalikan oleh seorang pakar bidang serangga terbabit iaitu Leong Boon Huat, sekali gus mendedahkan murid-murid dengan kitaran hidup serangga. 

Perasmian program itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.

Pang berkata, program itu mendedahkan murid-murid dan guru dengan visual menarik dalam usaha meningkatkan pemahaman tentang hidupan akuatik.

"Program ini tidak hanya mengembangkan perbendaharaan kata mereka malah menanam nilai-nilai positif seperti menghargai alam semula jadi," katanya berucap pada program tersebut. 

Beliau berharap program itu diteruskan bagi menyokong kelestarian akuatik dan memberi impak positif kepada generasi akan datang. 

Turut hadir ialah Pengarah IEB UPMKB Dr Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus, Guru Besar SK Kidurong Abdul Samad Rosli, Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo IEB UPMKB Dr Keeren Sundara Rajoo dan Ketua Program Profesor Madya Dr Leong Sui Sien.

Tarikh Input: 29/04/2024 | Kemaskini: 29/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
WXFPUA3~