BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB telah menganjurkan Program Putra Success kepada pelajar UPMKB.
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar bagi melahirkan graduan UPMKB yang berkualiti tinggi. Program yang dijalankan secara maya ini telah dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar dan turut dibantu oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), UPMKB.
Diharapkan pelajar yang mengikuti program ini dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan terutamanya dalam akademik dan sahsiah.
Slot 1: Skor dengan Teknik G.R.O.W (Goal. Reality. Option. Will) bersama Encik Muizzudin Mukhtar, Pengarah Urusan, Itqan Partners Training & Consultansy.
Slot 2: Kaedah Belajar Mengikut Subjek bersama Dr. Hanisah Kamilah, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman, FSPP, UPMKB.
Slot 3: Disiplin Pengurusan Masa bersama Dr Suhaili Mustafa, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, FSPH, UPMKB
Tarikh Input: 27/01/2021 | Kemaskini: 10/02/2021 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia