Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke UPM Kampus Bintulu, Sarawak bagi melangsungkan Majlis Konvokesyen Ke 46 Sidang 1 buat julung kalinya pada 1 November 2022 ini.
Pesawat khas membawa Tuanku Canselor UPM berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah jam 11.04 pagi ke Lapangan Antrabangsa Bintulu.
Keberangkatan tiba Tuanku Canselor UPM disambut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, YB Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom; Timbalan Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, YB Dato Majang Renggi; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM,YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail; Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan Pengarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini.
Tarikh Input: 04/11/2022 |
Kemaskini: 07/11/2022 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA